Sekumpulan penduduk tempatan yang baru-baru ini menerima berita mengenai peristiwa misteri yang tersembunyi di pinggir Kevil Hill jauh di dalam Sunway Lagoon telah dijemput untuk membongkar rahsia gelap di sebalik dinding misteri Kevil Hill Cryonic Corporation (KHCC), yang diasaskan oleh James Buchanan (JB) Kevil.
Bersama-sama dengan pasukan pegawai-pegawai terlatih dari CDC- CCU [Pusat Kawalan Penyakit – Unit Pembendungan Cryo], mereka menerokai penemuan yang mengerikan di mana ianya mendedahkan mengenai cryonics, sebuah dunia kehidupan selepas kematian, melalui fakta sains atau fiksyen yang tidak pernah dipaparkan dalam Scream Park Lynton V Harris ‘ di Sunway Lagoon!
Melalui Kevil Hill Cryonic Corporation yang meliputi sebahagian besar taman tema di Scream Park, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan proses pemeliharaan badan manusia yang disimpan di dalam tangki – Cryo dengan suhu yang sangat sejuk manakala JB Kevil terus bertekad untuk menghidupkan mereka dalam masa terdekat.
Dalam masa mereka membongkar membongkar rahsia dunia cryonics , sesuatu yang lebih daripada apa yang dijangkakan mula berlaku dimana mayat-mayat yang dibekukan kembali hidup dari kompleks misteri KHCC dan Pusat Pembendungan – Cryo.
“Kami teruja untuk melihat satu lagi pengalaman baru yang menarik dalam Scream Park dengan detik-detik yang lebih menyeronokkan yang pasti akan memberi keseronokan pada mereka yang berani ! Selari dengan Sunway Lagoon yang menjadi destinasi keseronokan seluruh Asia , dunia sci -fi daripada cryonics pasti akan membuka mata semua orang kerana ini akan menjadi yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan di Asia! ” kata Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.
Dibuka 11:00 pagi – 6:00 petang setiap hari, pengunjung kini dijemput untuk menerokai dunia cryonics di Pusat Cryonic Kevil Hill yang terletak di Lynton V Harris ‘ Scream Park di Sunway Lagoon.