Mondelez Malaysia baru-baru ini menganjurkan Joy Sale di The Summit USJ, Subang Jaya. Kembali atas permintaan ramai, Joy Sale kali ketiga ini memaparkan pilihan produk yang besar daripada jenama disukai ramai seperti Oreo, Jacob’s, Cadbury dan Toblerone.
Ekstravaganza tiga hari memberi ganjaran kepada pelanggan dengan pilihan luas makanan ringan kesukaan mereka pada nilai yang sangat baik iaitu diskaun sehingga 70%. Rakyat Malaysia berpeluang untuk berkongsi detik keseronokan yang lazat itu dengan orang tersayang, terutama bersempena pelbagai sambutan pada bulan Mei ini. Hasilnya, bukan sahaja produk-produk dijual laris, malah pada hari ketiga, Joy Sale menarik lebih 20,000 pengguna yang menjamu diri sendiri, mentor mereka dan orang tersayang dengan pilihan luas coklat dan biskut.
Pelanggan di sekitar Lembah Klang akan menikmati satu lagi pilihan meluas produk Mondelez di Joy Sale bertempat di Harbour Place, Klang pada 22 – 24 Mei 2015.