Baru-baru ini tersebar kisah beras tiruan yang dikatakan telah memasuki pasaran Indonesia dan Singapura pasti membuatkan rakyat Malaysia bimbang akan perkara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Seri Hasan Malek dalam kenyataan sebelum ini juga memandang serius perkara ini dan beliau tidak menolak kemungkinan berasa tersebut telah memasuki negara kita.
Perbezaan Beras Asli & Beras Tiruan
1. Beras tiruan itu dikatakan diperbuat daripada campuran ubi kentang, keledek dan sejenis plastik sintetik ataupun dikenali sebagai plastik resin.
2. Beza beras asli dengan tiruan ialah beras yang asli ada putih susunya ditengah-tengahnya. Tapi kalau beras tiruan putihnya itu agak sebam seperti putih kotor.
3. Untuk membezakan beras asli dengan beras tiruan ialah beras asli apabila dimasak tidak lembik seperti bubur kalau sukatan air cukup, tetapi beras tiruan akan jadi seperti bubur walaupun air sedikit.
4. Rasa beras ini juga tidak sama dengan beras asli, rasanya adalah tidak sedap kerana struktur beras itu sebenarnya hanya mengembang tetapi tidak menyerap sepenuhnya air. beras ini tidak mengeluarkan bau wangi seperti beras asli.
5. Beras tiruan jika dimasak bercampur dengan asli sturkturnya seperti nasi asli tidak terlalu ketara, dan itulah sebabnya kegiatan ini perlu diambil perhatian serius.
6. Memetik dari satu sumber seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.
7. Pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan pemakanan telah memberi amaran bahawa memakan bijirin palsu itu, dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.
Sumber dari Siakapkeli.my