Masih ingat dengan Danae? Gadis 16 tahun yang melakukan pembedahan plastik di seluruh tubuhnya demi mendapatkan seorang lelaki? Sekarang, muncul pula seorang lelaki muda yang sanggup merubah keseluruhan anggota badan.
Liu Zi-Chen merupakan lelaki muda yang berusia 18 tahun dikenali selepas memuat naik foto-foto kontroversi. Apa yang menarik perhatian adalah kulit tubuhnya yang flawless, bola mata yang besar dan bulat dengan dan wajah berbentuk V membuatkan ramai beranggapan lelaki ini telah membuat pembedahan plastik yang sangat ekstrem.
Walaubagaimapun, Liu Zi-Chen mengatakan bahawa wajahnya adalah semula jadi dan dia hanya melakukan perubahan pada hidung sahaja. Sedangkan bahagian rahang yang ketara disebabkan oleh topeng khas yang boleh memperkemaskan bahagian rahang.
Dengan foto-foto tanpa seurat benang dan wajah yang ‘cantik’, netizen menggelar Liu Zi-Chen sebagai “snake spirit boy”. Ianya berikutan kisah Legenda Ular Putih yang dimaksudkan seorang wanita cantik yang terperangkap di dalam tubuh ular putih.