Berlegar-legar dilaman sosial sejak pagi semalam mengenai sebuah badan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dikatakan sudah dijumpai dan mempersoalkan kemana penumpangnya pergi.
Kami dapat lihat beberapa individu yang tidak bertanggungjawab mula menyebarkan gambar berkenaan dengan menimbulkan isu yang kononnya pesawat MH370 sudah dijumpai. Ini sekaligus menghangatkan lagi cerita tersebut dan menggemparkan orang ramai.
Gambar pesawat tersebut diambil oleh orang ramai di atas lebuhraya Pantai Timur. Selepas diteliti ternyata itu bukan pesawat MH370 kerana berbeza dari segi saiz badan pesawat.
Dan, sekiranya pesawat MH370 sudah dijumpai, yang menjadi persoalannya adalah kenapa kerajaan mahu merahsiakan kepada semua rakyat Malaysia? Jika kerajaan mahu sembunyikan berita itu sekalipun, kenapa perlu dibawa pesawat tersebut sehingga boleh dilihat umum? Tidak masuk akal!
Selepas diselidik sumber, rupanya itu adalah badan pesawat lama yang dalam proses serahan kepada IKBN Paloh Hinai, Pekan bagi tujuan pembelajaran.
Jadi segala persoalan sekarang sudah terjawab! Dengan penerimaan badan pesawat ini kepada IKBN Pekan, diharap ia akan berjaya melahirkan lebih ramai pakar anak tempatan dalam bidang ini.
Moralnya, jangan mudah percaya dengan berita atau gambar yang kita tidak tahu dari mana sumbernya, dan yang paling penting, jangan mereka-reka dan sebarkan berita palsu!
Sumber: siakapkeli.my