Sempena dengan musim cuti persekolahan pertengahan tahun pada bulan Jun ini, The School di Jaya One akan melancarkan The School Holiday Programme, program pendek selama 4-hari dengan kerjasama 11 buah pusat pengayaan dan pembelajaran bermula 8 – 11 Jun 2015.
Program yang dianjurkan buat kali kedua ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak berumur 4-12 tahun menyertai pelbagai kelas memperkayakan pengetahuan mereka terutamanya dalam bidang sains, teknologi, muzik, pergerakan badan, bahasa, seni dan kraftangan serta banyak lagi.
Melalui pakej program dengan bayaran RM800 seorang termasuk makanan ini, kanak-kanak berpeluang mengikuti pelbagai program pengetahuan di Learning Fresh, Fantasia Music School, Academy of Rock, The children’s house, Beebop Circus, Cross Muay Thai, Roboticist, Science Bridge Academy, Dialogue in the Dark, Jump Street dan Craft Space.
Untuk menyertai program yang menarik ini, ibu bapa boleh mengunjungi POP by Jaya One, di tingkat bawah The School untuk membuat pembayaran. Selain itu, Hari Penyampaian Ijazah akan turut diadakan pada 14 Jun di mana ibu bapa berpeluang menghadiri sesi temu bual secara perseorangan dengan para guru untuk mengetahui lebih panjut tentang kemajuan pembelajaran anak-anak mereka. Tarikh tutup pendaftaran pada 5 Jun 2015.
Jangan lupa untuk menyertai pendaftaran masuk seterusnya pada bulan Ogos. Untuk maklumat lanjut tentang Program The School Holiday pada bulan Jun ini, sila layari theschool.my atau laman Facebook di www.facebook.com/theschool.my.