Menggabungkan gaya klasik dengan daya tarikan yang menonjolkan ciri-ciri zaman Rome, koleksi XES Signature terbaharu, ‘Tales of Olympus’ memberi ruang kepada pemakai untuk tampil bergaya, disamping menyerlahkan gaya klasik, artistik dan penuh keunikan.
Koleksi 2015 ini memberi tumpuan kepada warna yang diinspirasikan daripada Greece, seperti hitam dan merah. Inspirasi XES Signature dalam mengetengahkan koleksi terbaharu ini datang daripada wira mitos Yunani, kerana individu berani ini adalah tidak asing lagi dengan kasut yang hebat.
Mempercayai bahawa kasut tradisional boleh diubahsuai untuk memiliki ciri mewah dan menonjolkan identiti tersendiri si pemakainya, XES ingin menyediakan kepelbagaian kasut yang membolehkan wanita moden masa kini untuk menjelmakan cerita dan aspirasi zaman Rome, sekaligus menyerlahkan keyakinan diri mereka.
Koleksi ‘Tales of Olympus’ 2015 ini mempunyai 12 kumpulan reka bentuk yang dinobatkan dengan nama-nama teguh seperti Tales of Heart, Tales of Music, Tales of Enchantment, dan Tales of Belief. Kesemuanya direka dengan bahan berkualiti tinggi untuk memenuhi citarasa wanita yang inginkan kasut yang cantik dan selesa untuk dipakai, dan juga boleh dipadankan untuk imej kasual, feminin dan formal.
XES Signature turut mengeluarkan pelbagai koleksi beg tangan sesuai untuk wanita yang mengikuti fesyen terkini dan juga mereka yang meraikan keberanian dalam penggayaan seharian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi XES di http://www.xesshoes.com.my atau Facebook mereka di https://www.facebook.com/xesshoes.