Terbaru, penyanyi Stacy semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dalam usaha menerima kekasihnya, Akim Ahmad sebagai suami. Perkara itu disahkan oleh Akim, 24, yang juga sudah bersedia untuk mendidik wanita itu agar menjadi muslim sejati.
“Dia sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua. Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat.
“Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi,” katanya pada Mstar online.
Tambah Akim, dia tidak mahu keinginannya itu terhalang selepas berumah tangga jadi dia mengambil pendekatan untuk memenuhi segala kemahuannya sebelum mengakhiri zaman bujangnya.
“Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti,” katanya.