Menjelang ulang tahun ke-110 Mentega SCS, marilah kita menyambut bulan Ramadan yang penuh kelazatan dengan Panduan Resepi Biskut Semperit yang eksklusif ini.
Biskut Semperit terkenal dengan kelembutan dan kegebuan sehingga cair di mulut apabila dimakan. Kini, biskut tradisional ini telah diberikan sentuhan moden dan dapat menikmati biskut Semperit dengan pengalaman baharu kerana ia kini didapati dalam variasi baru – Nutty, Chocolate, Hazelnut & Chocolate dan Orange Surprise.
Semperit Coklat Kacang Hazel
Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.
Bahan-bahan:-
- 200gm SCS Mentega Bergaram
- 75gm Gula Aising
- 1 biji Telur Kuning
- 1/4 sudu teh Esen Vanila
- 140gm Tepung Gandum
- 80gm Serbuk Kacang Hazel
- 60gm Tepung Jagung
- 100gm Tepung Kastard
- 150gm Kacang Hazel
Cara penyediaan:-
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.
2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang hazel, tepung jagung dan serbuk kastard, Uli sehingga jadi doh.
3. Masukkan doh ke dalam piping bag. Bentukkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga masak.