Lahir dalam keturunan diraja tidak membuatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Tunku Ibrahim kekok bergurau bersama adiknya.
Tampil dengan sebuah video yang memaparkan cara-cara ‘memasak’ adiknya, Tunku Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Tunku Bobo, Tunku Ismail dilihat memainkan watak sebagai chef.
Menerusi paparan video berkenaan, Tunku Bobo digambarkan sebagai ‘masakan’ yang sedang disediakan oleh Tunku Ismail.
“Ini adalah resepi saya, namanya adalah Resepi Tengku Bobo.
“Masukkan sedikit garam, timun.. perlukan sedikit lagi garam..ya, sempurna,” katanya bersahaja sambil disambut hilaian ketawa Tunku Bobo.
Video yang berjudul “Ini resipi saya, asam pedas Boo-Boo.. sempurna!” mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook. Rata-rata pengguna meluahkan rasa geli hati dan menyifatkan paparan video berkenaan adalah lawak dan menyeronokkan untuk dikongsi bersama rakyat jelata.
Pautan video:
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/474168226079815/
Sumber: The Rakyat Post