Setujukah anda jika penulis katakan bentuk kening sempurna mampu jadikan wajah lebih jelita. Malah, wajah yang cantik dengan solekan adalah tidak lengkap jika kening anda berserabut. Merias kening dengan baik membuatkan wajah anda tampak lebih manis dan anggun.
Disebabkan itu, pada 26 Mei 2015 lalu, team Wanista berkesempatan menemu bual Rileen Chua, merupakan National Brow Artist of Malaysia dan jurulatih Benefit untuk mengetahui lebih mendalam tentang kecantikan bulu kening.
1. Apakah bentuk kening yang sempurna mengikut bentuk muka seseorang – oval, square, round, heart?
Menurut Rileen, tidak ada bentuk kening yang betul dan sempurna mengikut bentuk muka seseorang. Hal ini kerana setiap individu miliki bentuk muka yang berlainan jadi ‘no such things as perfect shape for face’.
2. Apa yang membuatkan produk Benefit adalah yang terbaik untuk membentuk bulu kening?
Benefit merupakan global brand, mula membentuk bulu kening pada tahun 1976. Benefit sememangnya mempunyai ramai pakar dalam membentuk kening khususnya waxing.
3. Bagaimana anda membuat produk kening kelihatan semula jadi?
Kesemua produk Benefit Brow Bar adalah terbaik untuk anda malah mampu membuatkan kening anda sempurna.
4. Apakah cara yang terbaik untuk membentuk kening anda: waxing, threading, tweezing, dan lain-lain?
Waxing dan tweezing memainkan peranan yang penting. Waxing memudahkan dalam mencabut bulu yang kukuh manakala tweezing untuk bulu degil yang terdapat di sekeliling kening. Jadi, kedua-duanya saling berkaitan dalam menghasilkan bentuk kening sempurna.
5. Adakah terdapat produk atau cara dalam membantu menumbuh bulu kening jika saya over-plucked?
Nombor satu, jangan sesekali over-plucked kerana ianya akan menyusahkan anda. Tetapi jika anda lakukan juga, gunakan eyeshadow untuk menutup, jangan sesekali gunakan pensil kerana garis pensil terlalu keras. Gunakan berus untuk adjust kening anda, berus bayangan keluar dengan berus bersudut dan ia akan kelihatan semula jadi.
6. Patut atau tidak mewarnakan kening untuk dipadankan dengan rambut anda? Dan jika ya, bagaimana anda melakukannya?
Ianya bergantung kepada individu tersebut, rupa yang mereka mahu dan warna rambut. Tetapi jika rambut warna merah jambu, janganlah diwarnakan bulu kening dengan merah jambu, haruslah bersesuaian mengikut fizikal juga. Cara terbaik adalah warna yang natural seperti black, brunette, dark brown jika selain daripada itu sememangnya kelihatan palsu.
7. Apakah teknik yang betul untuk menarik dan membentuk kening? Bagaimana pula dengan alat yang diperlukan?
3 alat yang diperlukan:
- make up brush
- fillers – eyebrow product
- mirror
1. Untuk membentuk kening, ambil eyebrow gel dan pembaris.
2. Tandakan di bahagian tengah kening juga
3. Lakukan juga di hujung kening.
4. Seterusnya bila sudah tanda, anda boleh bentukkan kening.
5. Anda boleh bentukkan kening bila sudah ditanda – cara ini bagi memudahkan anda.
8. Perbezaan antara eyebrow gel, eyebrow pencil, eyebrow powder?
Eyebrow pencil – Produk pensil adalah baik untuk benar-benar mendapat gerbang tajam bersudut, tetapi perlu pengadunan supaya ianya mereka tidak kelihatan terlalu palsu.
Eyebrow powder – Sempurnakan kening anda dengan powder supaya ianya kelihatan lebih natural. Gunakan berus celak bersudut dengan mengisi kekosongan pada bulu kening, sentiasa bergerak ke arah yang sama pertumbuhan rambut.
Eyeshadow gel – Jika anda ingin dapatkan kening Cara Delevingne, ini terbaik untuk anda. Pastikan anda sentiasa blend dengan bulu kening, isi ruang kosong pada kening, sentiasa bergerak ke arah yang sama pertumbuhan rambut.
Anda boleh gunakan ketiga-tiga ini sekali, yang penting pengadunan supaya kelihatan sempurna dan semula jadi.
Terima Kasih!