Sebelum ini, kami telah senaraikan 15 tempat percutian yang menarik dan unik boleh anda kunjungi di Malaysia ini. Terdapat satu lagi tempat unik yang banyak diperkatakan kebelakangan ini, ianya The Kabin, terletak di Pantai Remis, Kuala Selangor, The Kabin menyediakan tempat penginapan yang mesra keluarga dengan ciri-ciri klasik dan unik.
Ada beberapa spesifikasi kediaman atau resort yang boleh dipilih. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sana, memandangkan Kuala Selangor juga terkenal dengan pantai, keistimewaan makanan laut dan pekan lama.
Unik dan menarik? The Kabin bukan sahaja sesuai untuk rakan-rakan tetapi anda boleh sekali bawa keluarga dan saudara-mara berkunjungi ke sini. Malah, The Kabin akan menjadi salah satu destinasi ‘escapism’ hujung minggu ramai orang yang mahukan ketenangan dan kedamaian dari hiruk-pikuk kota.