Hari Susu Sedunia kini dianggap sebagai satu peristiwa penting dan sebagai salah sebuah syarikat tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina ingin mewujudkan kesedaran serta mendidik pengguna menerusi sambutan Hari Susu Sedunia. Di Malaysia, Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady Malaysia), jenama No.1 susu sedia-diminum1, amat teruja untuk meneruskan sambutan Hari Susu Sedunianya yang kelapan dalam Menyebarkan Kebaikan Susu.
Hasil kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) yang telah diusahakan oleh FrieslandCampina telah menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah beban berganda malnutrisi: mengalami masalah obesiti dan berlebihan berat badan, serta kekurangan Vitamin D (47.5%).2 Kajian sepanjang empat tahun ini telah dijalankan oleh empat pusat penyelidikan utama dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia, yang melibatkan sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun.
Bukan itu sahaja, minum susu mampu menjadi suatu aktikiti yang menyeronokkan. Jadi, bermula 28 Mei hingga 3 Jun ini, pengguna boleh mengambil bahagian dalam Milk Snapshot Challenge untuk berpeluang memenangi hadiah harian berikut:
- 3 x Hadiah Utama Hamper Susu Dutch Lady bernilai RM150 dan Kotak Biru Dutch Lady eksklusif yang dipenuhi dengan ganjaran untuk seisi keluarga
- 9 x RM100 Hamper Susu Dutch Lady dan tiket wayang!
Begitu mudah. Cuma ambil gambar anda dan keluarga sedang menikmati Saat-Saat Gembira Susu Dutch Lady dan kongsikannya dengan kami menerusi peraduan Hari Susu Sedunia kami di Facebook Dutch Lady Malaysia. Jangan lupa untuk hashtag: #2aDayMilk