Riang, segar dan penuh kebaikan, minuman jus buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa adalah minuman baharu sedia diminum untuk rakyat Malaysia yang mahu menikmati lebih lagi khasiat kebaikan buah-buahan Ribena®!
Langkah berani tersebut menawarkan peminat dua manfaat terbaik sekali gus – rasa segar dan mengujakan minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa dan semua kebaikan ekstrak buah-buahan tulen dengan dos harian penuh vitamin C*. Ujian rasa pengguna yang dijalankan oleh Ribena® mendapati bahawa 67% peserta lebih menggemari campuran buah-buahan tropika Ribena® Buah Nanas & Markisa yang menyegarkan berbanding minuman buah-buahan campuran lain.
Empat wajah baru selebriti terkenal mewakili Jaguh Keceriaan Ribena®. Mereka adalah artis rakaman Fuying & Sam, Hafiz Suip dan Uriah See yang akan menggunakan bakat mereka untuk berkongsi keindahan muzik dengan peminat Ribena®!
Bermula Ogos, ikutlah siri terbaru MeleTOP di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro Hitz yang menampilkan Hafiz Suip dan Uriah See yang mengelilingi negara untuk mencari muzik, bakat dan inspirasi baru dalam kalangan rakyat Malaysia sambil berkongsi rasa hebat dengan minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa.
Seterusnya, peminat akan dapat mendengar lagu baru dan video muzik daripada Fuying & Sam yang menepati intipati dan tenaga minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa menerusi kempen digital.
Dapatkan minuman jus buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa 500ml yang dijual pada harga runcit disyorkan RM3.00 yang boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai/gerai serbaneka di seluruh negara.