Baru-baru ini penulis telah berkesempatan menemubual CEO HotelQuickly (aplikasi tempahan hotel saat akhir), Tomas Laboutka. Berikut merupakan intipati perbualan yang telah dilakukan:
Kehidupan
1. Bagaimana anda menggambarkan diri anda sebagai seorang lelaki dewasa?
Saya seorang usahawan dari Prague dengan keghairahan untuk kesihatan, travel, dan membantu orang hidup secara spontan. Bersama-sama dengan empat pengasas-bersama yang lain, kami melancarkan HotelQuickly pada Mac 2013 untuk menyokong pelancong membuat tempahan hotel saat akhir dalam lebih daripada 200 destinasi di seluruh Asia Pasifik.
Saya membahagikan masa saya antara Bangkok, Kuala Lumpur, Jakarta, Tokyo dan Singapura.
Senaman adalah sebahagian besar daripada hidup saya. Ia adalah minat, tetapi ia juga benar-benar sebahagian daripada diri saya.
2. Siapakah yang paling memberi inspirasi kepada anda dalam hidup?
Bapa saya sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk saya. Beliau juga merupakan seorang usahawan, walaupun kini beliau menghabiskan separuh daripada masanya bermain golf. Membesar dengan rol model dalam bidang tersebut benar-benar menunjukkan kepada saya bagaimana bidang keusahawanan boleh menjanjikan sesuatu. Saya tidak akan berada di mana saya berada hari ini tanpa pengaruhnya.
Pada skala yang lebih besar, saya juga menghormati Tony Robbins, Richard Branson, dan Jeff Bezos.
Kerjaya
1. Apa nasihat anda untuk lelaki di luar sana tentang bagaimana untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan secara keseluruhan?
Memulakan sesuatu dalam hidup adalah tidak mudah, namun mulakan dengan langkah kecil, sedikit demi sedikit sehingga berjaya. Lakukan sedikit penyelidikan mengenai kerjaya impian anda. Tiada istilah idea sempurna, keadaan sempurna. Lakukan sahaja apa yang anda ingin buat dalam hidup dan teruskan langkah dan berkembang dengan kemajuan.
Fesyen
1. Siapakah idola fesyen anda, dan mengapa?
Saya tidak mempunyai idola fesyen tertentu. Saya percaya dengan memakai apa yang membuat anda kelihatan baik dan selesa bergantung pada keadaan. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya telah menemui satu jenama fesyen yang terkenal di Malaysia, BON ZAINAL. Saya amat kagum dengan koleksi sut rekaan beliau.
2. Bolehkah anda kongsikan mengenai gaya fesyen anda?
Dengan rendah diri bercakap, saya melihat diri saya sebagai seorang lelaki yang berpakaian dengan baik. Kebanyakan sut formal saya adalah ditempah dan saya mempunyai kasut yang berbeza untuk dipadankan dengan setiap sut.
Diet
1. Apakah diet seharian anda?
Saya percaya dalam kehidupan yang seimbang, dan diet adalah sebahagian daripada itu. Walaupun saya bukan seorang pakar dalam hal ini, ia adalah penting untuk memahami apa yang kita makan, kerana ia mempengaruhi tahap tenaga dan keupayaan untuk melaksanakan tugas sepanjang hari. Saya cuba untuk menjauhkan diri dari makanan yang diproses dan makan yang mudah dan teratur.
Rutin Harian / Gaya Hidup
1. Bagaimana anda menentukan gaya hidup yang baik?
Gaya hidup yang membolehkan anda untuk hidup sepenuhnya setiap hari. Untuk memenuhi potensi dan bakat anda, menikmati setiap saat. Gaya hidup yang baik perlu dikaitkan dengan produktiviti.
Seseorang berfikir secara berbeza dalam persekitaran dan keadaan yang berbeza. Saya sukakan travel, kerana saya dapati ia dapat membuka ruang minda dan pemikiran dengan lebih luas. Berada setanding dengan minda, badan dan jiwa adalah asas yang kukuh dalam gaya hidup yang baik.
2. Apakah aktiviti-aktiviti lain yang anda lakukan setiap hari atau pada masa lapang, selain daripada melakukan kerja anda?
Saya cuba untuk mengimbangi pelbagai bahagian hidup saya termasuk kesihatan dan kecergasan, jadi jika saya mempunyai masa lapang untuk melakukan senaman yang lebih menyeronokkan, saya mengambil kesempatan itu. Saya akan pastikan saya memulakan hari dengan bersenam, bermakna saya perlu bangun tidur pada jam 5 atau 6 pagi.
Saya akan melakukan workout selama 30 atau 45 minit setiap hari. Apabila anda fit, anda boleh tidur kurang, bangun tidur lebih cepat dan melakukan kerja dengan lebih cekap.
3. Apakah satu perkara peribadi yang anda bawa bersama sepanjang masa, dan mengapa?
Seperti ramai di antara kita, sukar bagi saya untuk bergerak tanpa telefon pintar saya. Ia agak membingungkan, tetapi saya fikir kita semua terikat kepada telefon bimbit pada masa ini.
Travel
1. Apakah bandar kegemaran anda di Asia? Dan tempat kegemaran anda di Malaysia? Mengapa?
Bangkok adalah pasti salah satu kegemaran saya. Orang datang ke sini dari seluruh dunia dengan tenaga yang benar-benar memberi inspirasi. Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing, berkejar ke sana sini dan kebiasaannya saya akan menaiki motorsikal teksi dengan berpakaian sut kemas dan berjalan sekitar bandar untuk mesyuarat. Ia adalah pengalaman yang berbeza daripada landskap korporat perniagaan Eropah. Bangkok merupakan sebuah bandar yang sesak dengan orang penuh dengan keghairahan, dan tidak pernah bosan.
Kuala Lumpur menjadi tempat kegemaran saya di Malaysia, terutamanya Bangsar. Saya pernah mencuba Devi’s Corner di Bangsar yang merupakan restoran terkenal India yang menyajikan makanan di atas daun pisang. Saya benar-benar menikmati makanan di Malaysia.
2. Apa yang anda secara peribadi suka lakukan apabila anda berada di Malaysia?
Saya melawat negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan sudah semestinya Kuala Lumpur. Malaysia mempunyai banyak untuk ditawarkan apabila ia datang kepada makanan. Saya suka mencuba pelbagai jenis makanan tempatan seperti Nasi Lemak, Char Kway Teow, Laksa Nyonya dan Sate Kajang.
3. Apa nasihat anda kepada wanita backpacker di luar sana?
Travel dengan barangan yang ringan, mudah dibawa, dan pastikan perjalanan itu selamat. Dan sudah semestinya, pilihlah HotelQuickly untuk tempahan hotel saat akhir anda!