AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tahun keenam berturut-turut baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran program pencarian pereka fesyen muda; AirAsia Runway Ready Designer Search, sebagai komitmen berterusan syarikat penerbangan tersebut dalam mengangkat bakat generasi muda.
AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang. Kerjasama strategic ini bersama penganjur Minggu Fesyen KL, inisiatif ini bertujuan bagi membantu memberi platform bagi bakat pereka muda dari dalam dan luar negara.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad melancarkan program pencarian pereka muda ini bersama dengan Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan pada sidang akhbar baru-baru ini.
10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian daripada Minggu Fesyen lain di rantau ini, dan banyak lagi!
Pereka fesyen terkenal dari rantau ini turut akan diterbangakan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian daripada KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar daripada mereka.
Tambahan kepada Aireen dan Andrew, pemain industri fesyen yang berpengaruh; Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia; serta Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH! diumum sebagai panel hakim bagi program AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang pertama kali diadakan ini.
Pencarian pereka fesyen ini terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen formal atau tidak, dan tidak melebihi 28 tahun pada tahun 2015. Pereka fesyen yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di muat turun di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran mereka.
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada 12 Jun 2015.
Top 25 akan disenarai pendek dan akan dihubungi bagi mempersembah rekaan mereka kepada barisan hakim. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015.
Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia).