UNIQLO telah mengumumkan ketersediaan kemeja-T UNIQLO (UT) yang bertemakan Star Wars pada 5 Jun 2015. Koleksi ini mempunyai 22 UT yang direka dan dihantar oleh artis-artis yang mengambil bahagian dalam pertandingan UT Grand Prix (UTGP) 2015 Star Wars.
Sejak tahun 2005, UNIQLO telah memulakan UTGP tahunannya. Pada tahun ini, pertandingan reka bentuk kemeja-T global menarik rekod 5218 penyertaan untuk tema Star Wars.
Panel hakim untuk UT Grand Prix (UTGP) 2015 adalah:
- Jeffrey Brown, Darth Vader Cartoonist
- NIGO, UT Creative Director
- Doug Chiang, Lucasfilm Executive Creative Director
- Kilian Plunkett, Star Wars Rebels Art Director
Panel hakim telah memilih pemenang hadiah utama, penerima hadiah kedua dan 12 pereka anugerah umum. Hakim-hakim juga telah memilih reka bentuk yang masing-masing dianugerahkan anugerah pengiktirafan khas. Daripada 22 reka bentuk kemeja-T, empat telah direka secara peribadi oleh para hakim sendiri.
Kemeja-T UNIQLO bertemakan Star Wars ini boleh didapati di cawangan UNIQLO di 16 negara, termasuk Malaysia dan kedai dalam talian UNIQLO.
Kemeja-T tersebut berharga RM59.90 untuk kemeja-T lelaki, dan RM39.90 untuk kemeja-T kanak-kanak, kedua-dua harga adalah termasuk cukai.
Kemeja-T istimewa:
Kemeja-T Lelaki:
Kemeja-T Kanak-Kanak:
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.uniqlo.com/utgp/2015/en.