Siapa sangka gadis comel, ayu dan manis ini bekerja sebagai cleaner. Apa tidaknya, melihat pada fizikalnya, gadis ini boleh dikatakan lebih layak layak menjadi seorang modal daripada cleaner.
Namun itulah hakikatnya. Gadis berusia 19 tahun ini, Duma Mariana Simajuntak sudah setahun bertugas sebagai cleaner di Stasiun Besar Kereta Api Medan. Duma Marian mula bekerja dari jam 7 pagi sehingga 3 petang, melakukan tugas seperti mengemop lantai, mengelap dinding, tingkap, pintu, mengutip sampah dan juga membersihkan tandas.
Walaubagaimanapun, Duma Mariana mempunyai penampilan yang sangat berbeza di luar waktu bekerja. Sesuai dengan wajahnya yang cantik, dia juga kelihatan bijak dalam berfesyen.
Mungkin anda terfikir kenapa gadis secomel ini memilih untuk menjadi cleaner. Menurut Duma Mariana, “Saya tiada masalah kerana saya memang seorang yang sukakan kebersihan. Ramai yang menyokong saya menjadi seperti ini. Pekerjaan ini Halal, jadi saya memang tidak kisah bekerja sebagai apa sahaja asalkan ianya Halal.” Malah, Duma lakukan ini semua demi membantu orang tuanya dan membiayai pembelajarannya di STIE International Business Management Indonesia.
Sumber dari Says.com