Bruce Jenner yang merupakan bekas atlet Olimpik Amerika Syarikat, pada Selasa dengan rasminya telah mendedahkan penampilan terbaharunya sebagai seorang wanita dikenali sebagai nama Caitlyn Jenner.
Menerusi laman twitter milik Caitlyn, dia juga berjaya memecah rekod dengan mengatasi Barack Obama dengan akaun twitter paling cepat berkembang di laman sosial itu.
Transformasi Caitlyn itu mendapat respon serta pendapat orang ramai yang melontarkan suara mereka di twitter tetapi tersalah melabel jantina Caitlyn sebagai lelaki. Jadi bagi mengelakkan pengguna mengulangi kesilapan dan masih menganggapnya sebagai lelaki, sebuah akaun twitter She_not_he telah diwujudkan bagi menegur atau memperbetulkan semula kesilapan mereka.
Rata-rata pengguna twitter tersilap dengan memanggil Caitlyn menggunakan ‘he’ daripada ‘she.’ Menurut pencipta akaun itu, ramai pengguna dengan baik hati telah meminta maaf dan ada yang memadam semula tweet asal yang mereka tulis.
Sumber : mynewshub & washington post