Selepas Nu Sentral, IOI City Mall Putrajaya, 1Utama Shopping Centre, kini, orang Utara boleh dapatkan Monki di Gurney Paragon Mall, Penang.
Monki, jenama fesyen Sweden mengumumkan pembukaan kedai keempat di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang pada 26 Jun pada pukul 10 pagi. Sempena pembukaan, Monki menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah kad hadiah untuk 100 pelanggan pertama, photo wall dan juga hadiah lain edisi terhad penyegar udara Monki.
“Ini adalah satu peluang yang menarik untuk Monki, dan cara yang baik untuk terus berkembang. Kami berharap dapat berkongsi fesyen menarik dan konsep imaginatif dengan peminat Monki Malaysia,” kata Pengarah Urusan Lea Rytz Goldman.