Menakjubkan! Mungkin itu yang terkeluar di mulut apabila melihat kecantikan dan keindahan dekorasi dalaman singgahsana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Istana Syarqiyyah yang terletak di Chendering, Terengganu.
Menerusi gambar yang diambil jurufoto profesional, Von Wong, istana ini berbeza dari istana raja yang biasa kami lihat kerana menggabungkan rekaan melayu tradisional dengan kemewahan rekaan kontemporari. Istana Syarqiyyah mempunyai 100 bilik serta mempunyai 14 pintu utama bersalut gangsa tersergam indah di kawasan terbabit.
Sumber : mynewshub & blogserius