Pernah terfikir melancong ke Macau? Destinasi pelancongan yang kurang menonjol dan tidak sepopular sejumlah lokasi kegemaran pengunjung biasanya memberi pengalaman serta kos percutian yang paling menakjubkan dan berbaloi. Kenyataan ini sememangnya tepat bagi Macau yang terpilih sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Percutian Terbaik Untuk Tahun 2015 oleh Lonely Planet.
Menawarkan beberapa destinasi terbaik di Asia, agensi Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau amat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mengunjungi negara itu memandangkan perjalanan ke Macau hanya memakan masa 3 jam 45 minit menerusi penerbangan terus dari KLIA2. Bersedialah untuk menikmati tarikan serta keseronokan dunia lama dan baharu Macau yang berkeluasan 30.3 kilometer persegi sejurus anda meninggalkan lapangan terbangnya.
Penulis pasti tidak ramai yang mengetahui Macau telah mencatatkan jumlah kemasukan melebihi 30 juta orang pelancong pada tahun 2014. Ini sekali gus menjadikannya destinasi pelancongan dengan kadar lawatan tertinggi serta terbanyak di Asia. Kos percutiannya yang berbaloi, kedudukannya yang strategik, selamat serta tidak mudah sesat menjadi antara tarikan utama Macau.
Peminat sejarah pastinya menghargai keunikan tempat bersejarah di sekitar Macau khasnya di tapak Warisan Dunia yang menempatkan beberapa lokasi terkemuka dunia. Antara lokasi yang perlu dikunjungi termasuk:
- Ruins of St. Paul’s, Tokong A-Ma dan Dataran Senado yang berdiri megah dan menjadi kebanggaan masyarakat Macau yang kaya dengan warisan budayanya.
- Menara Macau (Macau Tower) yang menawarkan aktiviti lompat bungy tertinggi di dunia pada ketinggian 233m (764kaki).
Golongan penggemar makanan sudah pastinya terliur dengan aneka pilihan makanan di Macau yang terdiri daripada gabungan selera Asia, Portugis dan Afrika yang menyuntik kelainan eksotik kepada makanan tempatan. Ini antara makanan wajib anda cuba:
- Galinha de Africana (Ayam Afrika)
- Tat Portugis
- Biskut badam
Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut ataupun merancang percutian ke Macau, sila layari laman web:
- http://en.macautourism.gov.mo/index.php (English)
- http://my.macautourism.gov.mo/index.php (Bahasa Malaysia)
- http://zh.macautourism.gov.mo/index.php (Chinese)
- www.facebook.com/MY.Macau (Facebook MGTO Malaysia)