Jika anda mengikuti perkembangan Tasha Shilla di Instagram, pasti anda perasan akan perubahan drastik bentuk fizikal pelakon ini yang semakin kurus. Berikutan itu, ramai peminat menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan pelakon ini.
Tasha mendakwa punca sebenar perubahan fizikalnya adalah kerana menjadi tikus makmal kepada sebuah produk minuman kesihatan.
“Sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi. Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu 4 bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga. Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal & urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya,” ujar Tasha Shilla.
Jadi, pada sesiapa yang ingin turunkan berat badan, bolehlah cuba produk Tasha Shilla ini. Melihatkan perubahan pada Tasha, penulis yakin produk ini mungkin boleh membantu anda.
Sumber : Mangga Online & Mynewshub