Model wanita berkaki panjang dari wilayah Anhui melonjak menjadi terkenal selepas membuat penampilan di program realiti TV China, “Ai Shang Chao Model”.
Dong Lei, 20, dengan ketinggian 1.82 meter, mempunyai kaki 1.15 meter panjang! Juri menyatakan bahawa beliau mempunyai kaki paling panjang antara semua peserta di acara itu, dan telah menjadi buah mulut ramai sejak itu.
“Saya rasa kaki panjang saya adalah disebabkan gen.
“Bapa saya berketinggian 1.86 meter dan ibu saya adalah 1.72 meter. Ketinggian saya semakin meningkat sewaktu sekolah tinggi.”
Mengambil nasihat ibu bapanya, Dong sebelum ini mendaftar di sebuah sekolah vokasional dalam major pendidikan prasekolah. Pada akhir tahun 2012, rakan-rakan dan guru-guru Dong mengesyorkan agar beliau memasuki pertandingan peragaan di Beijing. Beliau akhirnya memenangi tempat kedua, dan telah menarik perhatian jurugambar dengan kakinya yang panjang itu.