AXN dan Astro bekerjasama untuk menyampaikan peluang menonton video-on-demand (VOD) yang pertama di Asia untuk “Hannibal” Musim 3 pada perkhidmatan Astro-On-The-Go (AOTG) di Malaysia.
Peminat siri TV psiko ngeri ini boleh menikmati keseronokan menonton setiap episod melalui aplikasi AOTG pada komputer riba, tablet dan telefon pintar, bila-bila masa dan di mana sahaja .
Memulakan inisiatif itu, episod pertama “Hannibal” Musim 3 telah membuat penampilan sulung pada VOD dan AOTG, pada 1 petang, Jumaat 5 Jun yang lalu — iaitu sembilan jam awal daripada saluran perdana di AXN (Astro CH 701 and in HD on CH 721).
Episod yang berikutnya akan disiarkan untuk catch-up viewing sehingga 11 September 2015. Selepas siaran seluruh siri ini, “Hannibal” Musim 3 juga boleh didapati untuk tontonan oleh pengguna Astro Plus untuk on-demand viewing sehingga akhir Februari hadapan.
Di samping itu, semua episod musim pertama dan kedua “Hannibal” kini boleh didapati secara on-demand viewing kepada semua pelanggan Astro dari sekarang hingga 20 Jun 2015. Berikutan itu, kedua-dua musim akan disediakan bersama-sama dengan musim 3 dari September, untuk Astro Plus.
Pelancaran inisiatif baharu ini ditandakan dengan acara tayangan bersama makan tengahari eksklusif yang bertempat di ACME South Bar & Coffee café di Bangsar Village One, Bangsar pada 5 Jun yang lepas. Pelanggan Astro, penulis blog tempatan dan ahli-ahli media yang terpilih telah menjadi penonton pertama di Asia untuk menikmati episod pertama “Hannibal” Musim 3 yang turut ditayangkan serentak di Amerika Syarikat.
Berdasarkan novel Red Dragon oleh Thomas Harris, siri “Hannibal” bakal menghantui penonton untuk musim ketiga, mendedahkan nasib karakter dan permainan psikologi kucing dan tikus berterusan yang mereka hadapi.
Layari https://my.onthego.astro.com.my/ untuk maklumat mengenai on-demand viewing untuk “Hannibal”.
Tayangan perdana “Hannibal” Musim 3 adalah pada 5 Jun, ditayangkan pada hari Jumaat pada pukul 10 malam, dalam tempoh 12 jam selepas siaran AS, pertama dan eksklusif di AXN (Astro CH 701 dan dalam HD pada CH 721).