Artis Ukraine, Pavel Vetrov telah mencipta konsep seni pada bilik hotel yang cukup menarik, yang berbeza daripada kebiasaan dan menekankan warna-warna seni lukisan jalanan dan reka bentuk minimalis.
Vetrov mengatakan ideanya itu diilhamkan daripada TILT’s Panic Room, yang mempunyai bilik serupa, yang mempunyai sempadan antara seni jalanan / grafiti dan kebersihan.
Pereka Ukraine ini mempunyai bakat untuk mereka bentuk bilik yang luar biasa — beliau bekerja untuk syarikat visualisasi dan reka bentuk 3D Ukraine, bernama Archivizer, dan portfolio beliau memperlihat banyak ruang yang direka semula.
Info lanjut: pavelvetrov.com | Behance (h/t: modernmet, demilked)