Bersempena dengan ulang tahun ke-45 Corelle, World Kitchen telah memperkenal koleksi Rosabelle serba baharu. Selari dengan komitmen World Kitchen untuk menyedia, menginovasi serta memenuhi keperluan di rumah yang kian berkembang, peneraju produk perkakasan dapur itu telah menghasilkan satu koleksi baharu pinggan mangkuk dan peralatan memasak.
Pengarah Urusan, Asia Selatan, World Kitchen (Asia Pasifik) Sdn Bhd, Sumarleki Amjah berkata, “Untuk tema ulang tahun ini, kami ingin menunjukkan ketahanan dan kecantikan produk yang tahan lama. Kami memilih Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melancarkan koleksi Rosabelle. Sebagai satu koleksi hebat dan ikonik, kami ingin menawarkan sesuatu yang istimewa kepada pengguna di Malaysia yang telah setia dengan jenama ini selama beberapa sedekad.”
World Kitchen mempunyai sejarah yang panjang dengan rakyat Malaysia. Malah, ia telah membina sebuah kilang pengeluaran dan dekorasi pada tahun 1989. Kini, lebih 200 corak Corelle telah dihasilkan di kilang tersebut. Kebanyakan corak itu direka khas demi memenuhi citarasa dan permintaan para pengguna di Asia terhadap rekaan Corelle yang menarik.
World Kitchen ada menjalankan kaji selidik dalam kalangan pengguna di Malaysia. Ia mendapati rakyat Malaysia menyukai rekaan bunga ros Apricot Candy dengan kelopak berwarna merah jambu dan daun berwarna hijau. Mereka juga menggemari rekaan gabungan jambangan bunga ros yang separa dan kembang sepenuhnya dalam reka bentuk A-simetrikal.
Rosabelle membawa maksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis. Ia ditawarkan dibawah jenama Corelle dan Corningware keluaran World Kitchen. Tahan pecah, bebas kotoran, tahan lama, mudah dibersihkan dan tampil dengan rekaan bergaya, Corelle Rosabelle cukup ideal untuk kegunaan di rumah. Ia sesuai untuk pengguna Malaysia yang sibuk, tetapi inovatif ketika memasak di rumah.
Perkasasan rumah ini sememangnya menjadi kegemaran pengguna kerana ia menggunakan bahan revolusionari yang merangkumi tiga lapisan kaca laminasi dikenali sebagai Vitrelle®. Bahan ini membuatkan Rosabelle ringan dan tahan lasak. Untuk produk memasak pula, Corningware Rosabelle ialah perkakasan memasak yang unik dan versatil. Ia membolehkan anda memasak dan menyediakan masakan yang menarik dengan hanya menggunakan satu bekas sahaja.
Set 16 unit Corelle Rosabelle ditawarkan pada harga RM729. Sementara set enam unit Corningware Rosabelle pula berharga RM629. Kedua-dua produk ini boleh didapati di gedung membeli-belah yang terkemuka.