Pemaju penyelesaian mobil, New Wave Communications Sdn. Bhd., hari ini memperkenalkan Kil-Dengue, iaitu aplikasi mudah alih revolusi yang direka untuk menangkis nyamuk yang merupakan pembawa penyakit dengan menjana frekuensi atau gelombang bunyi yang menghalau mereka!
Aplikasi ini mengambil masa 3 tahun untuk diperkembangkan dan diuji terhadap jenis nyamuk tempatan bagi memastikan keberkesanannya. Formula frekuensinya didapati berkesan menghalau lebih daripada 75% nyamuk Aedes Aegypti yang merupakan vektor utama pembawa denggi dan keberkesanannya telah diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia.
Oleh itu, ia menjadi keperluan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada denggi, aplikasi mobil Kil-Dengue khusus dibangunkan dan diuji untuk menangkis nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan, yang merupakan vektor utama bertanggungjawab menyebarkan virus yang menyebabkan denggi.
Menurut Dr. Hidayatul Fathi Othman, Profesor Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perbentangan semasa pelancaran menjelaskan bahawa nyamuk Aedes selalunya dtemui di populasi nyamuk tempatan dan nyamuk Aedes Aegypti mewakili 90% daripada jenis yang menyebarkan denggi di rumah.
Dorothy Yap, Ketua Aplikasi Mobil di New Wave Communications berkata, “Dengan mengikut tingkah laku nyamuk betina ini, aplikasi kami menghasilkan frekuensi terbang nyamuk jantan untuk menghalau nyamuk betina, dan diuji dapat menghalau 75% daripada vektor ini dengan berkesan.”
Dorothy menambah: “Frekuensi kami mempunyai bunyi yang sangat rendah atau tidak kedengaran ke telinga manusia. Walaupun begitu, ia mempunyai pic yang betul yang dapat menghalau nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan.”
“Selain daripada keberkesanannya, kebaikan menggunakan aplikasi menghalau nyamuk adalah mobiliti, kebolehpercayaan, dan ia senang digunakan. Ia senang didapati atas talian dan setelah muat turun, anda boleh mengaktifkan frekuensinya bila-bila masa dan di mana –mana sahaja apabila diperlukan, walaupun di tempat yang tiada isyarat; dan hasilnya adalah segera!”
Aplikasi mudah alih Kil-Dengue ini boleh digunakan untuk Android dan IOS. Hanya perlu mencari ‘Kil-Dengue’ dalam App Store dan Play Store. Aplikasi ini akan muncul seperti biasa. Anda hanya perlu memuat turun dan mulakan langganan anda.
Langkah-langkah untuk Memuat Turun Aplikasi Kil-Dengue
1. Pergi ke Play Store / App Store – Sila buka app Google Play anda pada alat anda
2. Cari Kil-Dengue – Gunakan fungsi carian dan cari ‘Kil-Dengue’
3. Muat turun dan Pasang – Hanya klik pada app dan pasang dan anda sudah bersedia untuk menggunakannya
Kil-Dengue adalah aplikasi mudah alih berasaskan langganan satu kali. Jumlah cajnya adalah RM10.00 untuk langganan dengan alat mudah alih Android, dan USD2.99 untuk alat mudah alih IOS. Bayaran akan ditolak terus dari akaun App Store atau Play Store anda. Untuk melanggan, pastikan akaun Google atau Apple anda dikaitkan kepada kredit atau kad debit anda.