Di mana kita tanpa secawan espresso yang hebat, raja segala kopi! Di Italy ia bagai tarikan secawan “teh tarik”. Kini di Malaysia, anda berpeluang menikmatinya di mana mana rangkaian restoran The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) untuk menikmati rasa kopi asli sebenar ala Italy dengan citarasa baru di“Affogato”kan. Tambahkan espresso ke dalam minuman Ice Blended kegemaran anda, rasa lebih enak dengan tambahan kaffein.
Secara tradisionalnya, affogato adalah shot espresso yang dihidangkan bersama aiskrim, hidangan untuk rasa kopi yang lebih kaya dan berkrim. Bertemakan konsep “We’re Pouring Happy” The Coffee Bean & Tea Leaf®, minuman Ice Blended ala Affogato dinspirasikan dari bangsa Italy sebagai ekpressi menikmati kemewahan kehidupan. Ia memberikan dimensi alaf baru kepada minuman Ice Blended Mocha, Hazelnut, Caramel dan Vanilla kegemaran rakyat Malaysia!
Bermula 13 Jun 2015, The Coffee Bean & Tea Leaf® dengan kerjasama Naza Premira Sdn Bhd akan melancarkan ‘Bean on a Vespa’, peraduan menerusi media sosial di seluruh negara yang akan berlangsung di restoran The Coffee Bean & Tea Leaf® di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang selama empat hujung minggu berturut-turut. Untuk memenangi hadiah mingguan, anda hanya perlu mengunjungi salah satu restoran terpilih di mana Vespa akan dipamerkan, bergambar bersama Vespa tersebut dan minuman Ice Blended Affogato-style yang baru dibeli, seterusnya muatkan gambar tersebut ke Instagram melalui hashtag #beanonavespa.
Hadiah mingguan termasuk kemeja ‘sweatshirt’ Vespa bernilai RM580, kad prabayar The Coffee Bean (TBC) bernilai RM50, kemeja-T edisi terhad The Coffee Bean & Tea Leaf® serta hadiah hamper daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®. Untuk memenangi Hadiah Utama Vespa LT150 bernilai lebih daripada RM10,000*, anda hanya perlu menghantar gambar yang diambil selama empat minggu kepada The Coffee Bean & Tea Leaf® dalam bentuk pautan album foto di Facebook, dengan penerangan kreatif menggunakan tema “Affogato-style Ice Blended Drink” dan “Vespa” tidak melebihi 25 patah perkataan dan hashtag #beanonavespa sebelum 12 tengahari pada 8 Julai 2015. *Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dapatkan maklumat lanjut tentang peraduan dan restoran yang mengambil bahagian dengan melayari laman Facebook www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web www.coffeebean.com.my.