Minggu depan adalah permulaan siri terbaru ALONE, bersama-sama dengan siaran TV terunggul termasuk musim baru program-program lain yang menarik!
ALONE
Bersedialah untuk program yang akan memaparkan naluri manusia untuk hidup yang paling gempak. 10 orang lelaki akan memasuki hutan belantara – tanpa kamera, tanpa krew, tanpa pasukan atau produser – hanya dengan satu misi, iaitu untuk hidup. Hadiahnya $500,000 yang akan diberikan kepada orang yang boleh bertahan paling lama. Mereka akan menghadapi pengasingan yang ekstrem dan tekanan psikologi apabila mereka menghadap elemen yang tidak diketahui, disambil merakam diri dan pengalaman mereka . ALONE adalah ujian yang paling ekstrem naluri manusia untuk hidup.
Tonton ALONE pada 22 June, Isnin 11 malam
Storage Wars
Storage Wars kembali dengan musim baharu, di mana bakal pembeli memburu tawaran terbaik dengan harapan memenangi pertandingan pencarian harta di antara barangan yang tidak dituntut dalam almari simpanan. Dalam setiap episod, pembida berkerumun di sekeliling unit yang belum dibuka semasa rantai dipotong untuk membolehkan mereka mengintai ke dalam seketika dengan hanya cahaya dari lampu suluh untuk menilai harganya. The Man In Black is Back in Black menyaksikan legenda Dave Hester kembali.
Tonton Storage Wars (S7) pada 23 Jun, Selasa 9 malam
Storage Wars Canada (S2)
Storage Wars:Canada ialah siri pencari harta karun zaman moden yang bersaing sesama sendiri. Kali ini, kita mengikuti empat pasukan pembida yang cuba memenangi hadiah hebat dalam pertandingan ini. Musim baharu bermula dengan Bigger Stronger Meaner Dumber, di mana Roy mengupah pengawal peribadi untuk menghalang peniaga jalanan semasa lelongan di Brampton. Bogart berhenti kerja dan Ursula terpesona dengan perkara lain!
Tonton Storage Wars Canada pada 23 Jun, Selasa 10 malam