Lipas?????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rata-rata daripada kita pasti takut dan fobia dengan lipas, bukan? Daripada anda menggunakan bahan kimia yang membahayakan manusia dan alam sekitar sebagai senjata untuk membunuh lipas, apakata kali ini anda mencuba sesuatu yang baharu. Perangkap lipas boleh dibuat menggunakan bekas makanan terpakai seperti berikut:
Langkah #1
Ambil bekas makanan plastik terpakai seperti di atas. Pastikan penutupnya masih ada, dan terbalikkan.
Langkah #2
Dengan menggunakan pisau, gariskan bahagian bawah bekas menjadi petak kecil seperti dalam gambar.
Langkah #3
Dengan berhati-hati, dalamkan garis tengah pada bekas yang anda gariskan sebentar tadi sehingga anda memotongnya, kemudian dalamkan potongan dengan pisau pada bahagian sisi pintu juga. Lakukan langkah ini dengan perlahan-lahan, agar tiada kesan potongan bergerigi dan rosak.
Langkah #4
Dengan berhati-hati, lipat ke bawah pintu kecil yang telah dipotong. Pintu dibiarkan dan tidak dipotong bagi menggalakkan lipas merangkak ke pintu dan jatuh terus ke dalam perangkap.
Langkah #5
Sapukan sedikit minyak pada bahagian dalam bekas perangkap dan juga pintu perangkap dengan minyak sayuran. Minyak Kacang Tanah adalah terbaik kerana bau juga berkerja sebagai umpan kepada lipas. Minyak akan membuatkan dinding dalam bekas perangkap menjadi licin, jadi lipas yang sudah masuk ke dalam perangkap tidak boleh lagi memanjat keluar. Pastikan tiada minyak di luar bekas!
Masukkan beberapa tuala kertas dengan sedikit mentega kacang di atasnya ke dalam bekas perangkap sebagai umpan, dan ditutup dengan penutup bekas. Biarkan semalaman di tempat gelap yang biasa adanya lipas. Keesokan harinya, anda dapat lihat lipas akan terperangkap masuk ke dalam perangkap. Mudah!
Semoga berjaya!
Sumber: Facebook Beng Tang