Nikmati Hong Kong Summer Fun dari 15 Jun – 31 Ogos dengan penuh kegembiraan tanpa henti. Dari sekarang sehingga 31 Ogos, dapatkan hadiah sambutan percuma sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong! Sepanjang kempen Hong Kong Summer Fun, pelawat boleh menikmati tawaran eksklusif membeli-belah, makan, hotel dan lawatan ke tempat tarikan apabila diserahkan Kad VIP.
Return to Hong Kong like a Millionaire grand draw membolehkan pelawat kembali ke Hong Kong dengan pengalaman dan hadiah cukup menakjubkan. Pemenang boleh membawa seorang sahaja yang tersayang melalui perjalanan mewah selama empat hari tiga malam ke Hong Kong.
Di antara tempat yang wajib dikunjungi:
Harbour City – Where’s Wally Hong Kong Adventure (9 Julai – 9 Ogos 2015)
Pusat membeli-belah terbesar di Hong Kong ini sebenarnya mempunayi tiga pusat membeli-belah lain di dalamnya – Ocean Terminal, Ocean Centre dan Gateway Arcade. Pembeli mempunyai pilihan lebih 450 kedai, kira-kira 50 restoran, tiga hotel dan dua pawagam. Mall ini dibahagikan kepada empat zon yang berbeza untuk kanak-kanak, sukan, fesyen, kosmetik dan kecantikan. Tingkat tiga Ocean Centre, menempatkan pelbagai gajet terkini manakala Canton Road untuk label mewah seperti butik terbesar Louis Vuitton dan gedung Chanel.
The ONE – The ONE x Go Nagai Exhibition (29 Jun – 31 Ogos 2015)
Mempunyai 29 tingkat, The One merupakan kompleks membeli belah tertinggi di Hong Kong. Di sini terdapat pelbagai barangan seperti barangan kemas dan jam tangan mewah, fesyen dan aksesori, penjagaan kulit dan kosmetik, pasar raya premium, perkakasan rumah dan barangan gaya hidup. Bukan itu sahaja, jenama popular Jepun juga terdapat di sini Beams Journal Standard dan Beauty & Youth United Arrows. Malah, pusat beli-belah ini menempatkan Beauty Bazaar by Harvey Nichols, AEON MaxValu Prime dan gedung Lost & Found. The ONE x Go Nagai Exhibition akan mempamerkan gergasi tujuh meter Mazinger Z dan lima robot.
K11 Art Mall – Summer Art Karnival (7 Julai – 30 Ogos 2015)
K11 Art Mall merupakan syurga fesyen dan stail, dari kemewahan sehinggalah keperluan harian ada di sini. Menariknya lagi, semasa Summer Art Karnival, K11 dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung dan pelbagai acara fesyen.
Kedai Fesyen baru di Hong Kong untuk ibu bapa. Di sini terdapat beberapa tempat-tempat baru yang boleh dilihat bagi mendapatkan fesyen terkini para ibu bapa.
Chum5 (Tempat terbaik untuk para ibu)
Buat para ibu yang mementingkan gaya ala fesyenista, ini tempat terbaik mesti dilawati. Chum5 memberikan anda pelbagai pilihan kasut berkualiti malah Carrie Bradshaw sendiri akan berbangga untuk menunjukkan pilihan kasutnya! Walaupun kedai ini diakui kecil tetapi dengan pilihan yang pelbagai seperti aksesori fesyen dan produk gaya hidup menjadikannya sangat cool. Sebarang info, anda boleh semak Facebook Chum5.
Alamat : 5 Tai Ping Shan Street, Sheung Wan, Hong Kong
Monocle (Terbaik untuk para bapa)
Lagi satu tarikan ialah Monocle, kedai runcit dengan pelbagai kelengkapan ditawarkan di sini. Monocle mempertaruhkan campuran smart journalism, international awareness dan sharp design. Bukan calang-calang, Monocle juga mempunyai cawangan di London, Hong Kong, Tokyo dan New York, malah memudahkan dengan laman web e-commerce. Kedai ini menjual banyak barangan edisi terhad seperti Comme des Garçons, Tomorrowland, Valextra dan Drakes. Produk best-selling seperti siri Porter x Monocle yang merangkumi beg buatan Jepun dan barangan pengembaraan telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Untuk info lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Monocle.
Alamat : 1-4 St. Francis Yard, Wanchai, Hong Kong
Nikmati membeli-belah di Hong Kong pada musim panas ini! Untuk maklumat lanjut, pergi ke DiscoverHongKong.com.