Hari Raya datang lagi. Bagaimanakah persiapan anda untuk perjumpaan bersama keluarga, menjamu sahabat handai dan menganjurkan rumah terbuka? Ayam Brand™, yang termasyhur dengan rangkaian luas produk dalam tin yang menyihatkan, memudahkan dan tanpa bahan awet.
Bubur Cha Cha (Hidangan untuk 2)
Bahan-bahan
- 200g kentang
- 200g keladi
- 400ml air
- daun pandan
- garam secukup rasa
- 1 pek 200ml Santan kelapa Ayam Brand™
Mengukus
Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kuib yang asli.
Campuran
Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan didihan.
Cara Hidangan
Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais.