Air merupakan komponen yang sangat penting yang membentuk tubuh manusia dan fungsinya. 70% daripada badan kita terdiri daripada air dan kita tidak boleh hidup lebih daripada tiga hari tanpa ia. Selain mengawal berat badan kita, air minuman meningkatkan metabolisme dan mengawal selera makan.
Sekarang anda tahu betapa pentingnya minum air yang cukup, berikut adalah beberapa kepentingan air untuk kesihatan, terima kasih kepada Spritzer:
- Badan kita terdedah kepada 700,000 toksin setiap hari!
- Lelaki – 3 liter sehari, Wanita – 2.2 liter sehari
- Air mengandungi 0% Calories, 0% Additives , 0% Sugar
- 70% daripada badan kita terdiri daripada air. Kita memerlukan air untuk badan berfungsi.
- Air mengawal berat badan kita dalam meningkatkan metabolisme dan mengawal nafsu makan.
- Otak dan hati terdiri daripada 73% air
- Paru-paru lebih kurang 83% air.
- Kulit mengandungi 64% air.
- Otot dan buah pinggang adalah 79% air.
- Tulang adalah 31%.
- Anda tidak boleh hidup lebih dari 3 hari tanpa air.
Tips:
- Minum air sebelum setiap snek dan hidangan (membantu mengawal selera makan)
- Minum segelas air sebaik sahaja anda bangun.
- Minum air setiap 30 minit – peringatan.
- Anda boleh tambahkan air dengan bahan-bahan yang menyegarkan untuk hidrat dan detox.
- Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (mempunyai kandungan air yang tinggi)
- Sentiasa mempunyai botol air dengan anda.