Baru-baru ini penulis telah berkesempatan menemubual Perunding Kecantikan NEESYA® Skincare, jenama penjagaan kulit yang semakin digemari ramai daripada Skinworkz Sdn. Bhd., iaitu Intan Liana Razali. Temu bual tersebut memberi peluang kepada penulis untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenama penjagaan kulit yang kian mendapat sambutan hangat ini.
Berikut merupakan apa yang diperolehi daripada sesi perjumpaan tersebut:
1) Apa yang membezakan produk kecantikan keluaran Neesya Skincare dengan produk yang membanjiri pasaran sekarang?
Produk penjagaan kulit Neesya Skincare adalah selamat digunakan dengan status HALAL, dan yang paling penting ia dijamin berkesan. Neesya Skincare menyediakan produk bertaraf premium dengan harga mampu milik, dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.
2) Apakah bahan utama yang ditekankan dalam produk Neesya Skincare? Dan kelebihannya?
Teknologi LumiScience™ : mampu mengatasi masalah kulit kusam, meningkatkan seri kulit wajah, mengurangkan warna tidak sekata pada kulit dan mencerahkan kulit secara keseluruhan.
Mengutamakan ramuan aktif semulajadi dan ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti Silver Vine Extract and AlphaMelight™.
3) Ia disahkan HALAL, adakah jenama ini hanya menumpukan perhatian kepada pengguna Muslim?
Kesemua produk Neesya Skincare tidak hanya terhad kepada pengguna beragama Islam, ia turut menjadi pilihan utama pelbagai lapisan kaum. Ia juga boleh digunakan oleh kaum lelaki dan wanita, dalam semua peringkat umur.
4) Boleh kongsikan cara yang betul dalam penjagaan wajah setiap hari?
Langkah 1 : Mencuci, bagi membersihkan kulit dari sebarang mekap ataupun kotoran
Langkah 2 : Menyegar, bagi memberikan kesan penyerapan optimum
Langkah 3: Melembap, bagi memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit
5) Untuk mendapatkan hasil yang berkesan dan memuaskan, adakah pengguna perlu menggunakan kesemua produk yang terkandung dalam 1 set Neesya Skincare bagi merawat masalah tertentu? Jika hanya menggunakan 1 produk, adakah ia tetap akan menunjukkan kesan positif? Dan, adakah boleh sekiranya produk ini digunakan bersama dengan produk jenama lain?
Pengguna boleh hanya menggunakan satu produk dari Neesya Skincare atau digunakan bersama produk jenama lain, tiada masalah. Namun sekiranya pengguna ingin mendapatkan kesan yang lebih cepat dan efektif, mereka harus disiplin dalam menggunakan produk Neesya Skincare yang utama iaitu pencuci, penyegar dan pelembap.
6) Bagaimana dengan feedback daripada pengguna yang telah mencuba produk Neesya Skincare? Ada kesan sampingan?
Sehingga kini, maklum balas daripada pengguna yang telah mencuba Neesya Skincare adalah sangat memberangsangkan. Ramai pengguna memberitahu mereka dapat melihat kesan menakjubkan pada wajah mereka setelah 2 – 4 minggu penggunaan. Selain itu, tiada kesan sampingan yang berlaku keatas wajah mereka kerana produk jenama ini menekankan penggunaan bahan-bahan semulajadi.
Untuk makluman semua, baru-baru ini juga Neesya Skincare telah menukar wajah produk utamanya, Illuminating Essence, untuk lebih mencerminkan kualiti dan keberkesanannya dalam kalangan pelanggan yang arif memilih. Illuminating Essence kini berwajah baru, dengan reka bentuk yang lebih kemas dan lebih kontemporari. Ia juga dimuatkan dalam bekas berkualiti tinggi yang mudah diselitkan di mana-mana.
Seperti yang digambarkan oleh namanya, Illuminating Essence terbukti dapat menaikkan seri kulit dengan jelas, membolehkan pengguna mendapat penghidratan optimum dan merasai kesegaran terhadap kulit mereka. Teras produk ini adalah Teknologi LumiScience°®, formula exklusif jenama NEESYA yang menggabungkan faktor-faktor fisiologi kulit dan penyerian kulit dengan pilihan bahan pemutihan, penghidratan dan antioksidatif paling canggih.
Dalam masa dua minggu, pengguna Illuminating Essence akan mendapati kulit mereka pulih dan kembali berseri, kerana produk ini akan membaiki kecerahan dan pigmentasi wajah kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan warna tona lebih sekata. Produk ini juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan oksidatif. Illuminating Essence adalah produk yang disahkan HALAL.
Bahan aktif utama dalam Illuminating Essence adalah ekstrak Silver Vine yang membantu mengurangkan tahap karbonilasi protein serta menambah kecerahan wajah kulit dan juga Alpha-Melight™, yang membantu menentang bintik gelap, melegakan dan membersihkan kulit agar sentiasa mulus dan berseri. Terdapat juga kompleks semulajadi ekstrak tembikai, epal dan lentil yang membantu kulit memulihkan tahap penghidratan dan bendalir dalam sel kulit, dan faktor pelembapan semulajadi. Illuminating Essence juga mengandungi protein yis yang diperolehi secara bioteknologi, diperkuat dengan mineral berlian, mutiara, firus dan baiduri, untuk membantu melicin dan menghaluskan tekstur kulit, serta menaikkan seri kulit.
Illuminating Essence ini berharga RM129. Kesemua produk penjagaan kulit NEESYA® boleh didapati di kiosk NEESYA® yang terletak di Subang Parade Mall, SACC Mall, The Mines dan Plaza Metro Kajang.
Untuk maklumat lanjut mengenai NEESYA®, sila ke:
www.neesya.com | www.instagram.com/neesya.skincare | www.facebook.com/neesyaskincare
*Nantikan review produk Neesya Skincare dari penulis tidak lama lagi!