Peminat buah ceri pasti teruja dengan berita ini! Northwest Cherries dari Amerika Syarikat, ceri yang paling popular di kalangan pengguna Malaysia membuat debut di Jasons Food Hall, Bangsar Shopping Centre baru-baru ini. Northwest Cherries menguasai 75% daripada jualan ceri di Malaysia.
Pelancaran itu bertepatan dengan permulaan musim ceri Northwest American yang bermula dari bulan Jun hingga Ogos. Amerika Syarikat merupakan pengeksport kedua terbesar ceri di dunia. Northwest Cherries juga popular di negara-negara Asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China.
Northwest Cherries menjadi pilihan pengguna Malaysia kerana rasanya yang sedap-sedap manis, penuh isi, sedikit juicy, segar. Ceri jenis ini adalah keras, merah tua dan lebih besar daripada jenis ceri masam seperti Montmorency.
Terdapat dua kategori ceri manis, iaitu ceri merah dan ceri putih. “Rainier” yang adalah variasi ceri putih – manis dan cantik dengan rona keemasan. Ceri jenis merah adalah “Chelan”, “Sweetheart”, “Skeena”, “Santina” dan “Bing” yang merupakan jenis yang paling popular.
Northwest Cherries boleh didapati di semua pasar raya terkemuka, terutama di Jasons Food Hall, dari bulan Jun hingga Ogos tahun ini dan dijual antara RM40 hingga RM 80 sekilogram bergantung kepada perkembangan musim ini. Northwest Cherries juga boleh didapati di pasar malam utama dan pasar pagi di seluruh Semenanjung Malaysia dan pasar raya terpilih di Malaysia Timur.