ENCHANTEUR, jenama yang sinonim dalam menginspirasikan detik romantis melalui koleksi wangian unggul inspirasi dari Perancis dan produk penjagaan peribadi, baru-baru ini mengadakan pelancaran semula ENCHANTEUR LOVE, satu rangkaian wangian khusus bagi wanita yang komited dalam perhubungan. ENCHANTEUR LOVE tampil dengan tiga wangian terkemuka iaitu ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette untuk memberi nafas ekspresi cinta berbeza agar cinta kekal berpanjangan.
Rangkaian produk yang diperbaharui ini dipertingkatkan dengan fomulasi baharu dengan wangian yang kekal lebih lama. Ia dipakejkan dalam kotak yang direka khas dan melambangkan ekspresi cinta yang berbeza. Selain itu, botol kaca yang digunakan mempunyai warna yang mampu mempengaruhi emosi si pemakai.
Warna Amber dalam ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette menandakan kasih yang berpanjangan, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dalam rona merah jambu menandakan cinta sejati, manakala ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette dalam warna merah adalah simbolik kepada keintiman.
Di majlis untuk meraikan rangkaian wangian yang diperbaharui, ENCHANTEUR LOVE juga memperkenal duta baharu mereka, pelakon dan pengacara TV, Fouziah Gous dan juga suaminya, Md Zhafran Md Yusof. Berita lamaran perkahwinan pasangan romantik ini menjadi sensasi apabila Md Zhafran Md Yusof melamar Fouziah Gous di dalam helikopter yang diterbangkannya. Mereka kemudiannya bertunang pada Jun 2013 dan akhirnya berkahwin pada September tahun lepas.
“Mengekalkan kehangatan percintaan dapat membantu pasangan untuk merentasi halangan yang datang agar perhubungan yang utuh kekal berpanjangan. Usaha romantis kecil juga setara dengan usaha romantis yang hebat dalam memastikan hubungan cinta kekal hangat dan berpanjangan.
“Bagaimanapun adalah tidak realistik untuk mengharapkan usaha romantis yang hebat sepanjang masa. Jadi usaha romantis kecil seperti membuat secawan teh, memberikan suapan terakhir manisan anda dan menyembur wangian untuk menarik perhatian si suami adalah antara cara untuk menghangatkan cinta dalam sebuah perhubungan,” kata Fouziah Gous, duta baharu ENCHANTEUR LOVE.
ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette dijual pada harga RM 33.50 (termasuk GST) bagi setiap botol Eau de Toilette bersaiz 50ml. Produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau lawati Facebook Enchanteur di www.facebook.com/EnchanteurMY.