Masih lagi hangat dengan abang sado jual tauhu yang menjadi kegilaaan wanita di Taiwan. Apa tidaknya, sebuah kedai tauhu kecil di Taiwan telah melonjak popular disebabkan salah seorang pekerjanya digelar “penjual tauhu paling hangat di Taiwan”, kini menjadi selebriti di Internet dan media sosial.
Kedai yang bernama Chuan Tong Zhi Zui Dou Hua Tang itu terletak di Beitou, Taipei. Walaupun kedai itu hanya sebuah kedai kecil, ia menarik ramai pelanggan, terutamanya pelanggan wanita yang mahu melihat sendiri pekerja tersebut. Penjual tuhu dengan mukanya yang hensem, ketulan di dada dan lengan ini dilihat lebih sesuai bekerja dalam bidang permodelan.
Ura-ura juga mengatakan pekerja ini sebenarnya anak lelaki kepada tuan kedai tauhu itu. Setakat ini, siapa sebenarnya lelaki tersebut masih belum diketahui. Terkini, Dramafever melaporkan identiti lelaki tersebut dikenal pasti sebagai seorang model bernama Yi Chen Tin! Yi Tin Chen berusia 26 tahun itu pernah menjadi kapten pasukan bola keranjang kolej di Taipei. Beberapa media membuat spekulasi bahawa kerjanya di kedai tauhu adalah sebahagian daripada publisiti tetapi agensi lelaki ini telah menafikan khabar angin tersebut.
No wonder, miliki susuk tubuh sedemikian… Wahhhhh