Penjagaan aurat dan kehormatan wanita Muslim telah mencapai tahap baharu dengan pengeluaran seluar bersalin yang memastikan bahagian-bahagian aurat atau kawasan intim wanita terus dilindungi sepanjang proses bersalin.
Pengedar “MamaPride”, sebuah kedai dalam talian yang mengkhususkan seluar bersalin diiklankan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia, menggambarkan pakaian terbaik sewaktu bersalin itu adalah “menutup merangkumi peha, pergelangan kaki dan lutut” semasa sedang melahirkan.
Seluar bersalin mesra aurat yang dikeluarkan kelihatan seperti seluar trek olahraga, dengan hanya dibuka pada bahagian kelangkang bagi membolehkan proses kelahiran bayi. Produk tersebut boleh didapati dalam tiga saiz — L, XL dan XXL dengan harga RM119 setiap satu. Produk ini juga boleh didapati di farmasi-farmasi terpilih.
Info lanjut: MamaPride | Facebook MamaPride