Penganut agama Islam di seluruh dunia bersama-sama membuat persiapan dan meraikan bulan Ramadhan serta Hari Raya Aidilfitri, Discovery Networks Asia-Pacific memperingati bulan yang mulia ini dengan satu siri program yang membenarkan penonton mendalami budaya masyarakat Islam dan asalnya serta membawa mereka melalui pengembaraan kulinari merentasi negara Timur Tengah.
Program istimewa ini akan ditayangkan dari 22 Jun hingga 19 Julai 2015 secara eksklusif di rangkaian TLC (Saluran Astro 707) dan Discovery HD World (Saluran Astro 571).
TLC (Saluran Astro 707)
From The Oven
Rangkaian TLC akan menayangkan siri istimewa, From The Oven, yang dihoskan oleh Houria Zannoun, seorang pembuat roti dan kek yang dikenali ramai di Timur Tengah. Merangkumi roti ke kek dan croissant sehingga ke manisan, resepi-resepi mengundang selera dan kepakaran kulinari Houria akan membakar semangat setiap individu yang baru berkecimpung dan mereka yang pakar dalam bidang hidangan istimewa itu. Manjakan diri anda dengan dunia sajian manis dan savuri dengan menonton From The Oven pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 22 Jun-10 Julai, 3:00 petang di TLC (Saluran Astro 707).
World Café Middle East
Keraian sepanjang minggu ini diteruskan dengan berpesta bersama World Café Middle East, di mana Bobby Chinn mengunjungi sajian makanan jalanan, hidangan adat dan resipi menarik benua purba Timur Tengah. Dalam pengembaraannya, penonton berpeluang melihat Bobby mempelajari kepelbagaian yang diterapkan dalam istilah ‘Kuisin Timur Tengah’. Dengan perbezaan besar dalam kedua-dua iklim dan budaya, hidangan Timur Tengah memaparkan empat pengaruh utama : Parsi, Levantin, Turki dan Afrika Utara. Beliau juga meneroka kekayaan dan sejarah penting rantau ini dan tradisi budaya yang telah membentuk sajian makanannya ketika bertemu dengan masyarakat tempatan dan meningkatkan pengetahuan meluasnya tentang makanan. Berlatarbelakangkan beberapa lokasi terkemuka dan bersejarah dunia, kejutan budaya dan kulinari Timur Tengah akan didedahkan dalam empat episod siri makanan dan pengembaraan tersebut. World Cafe Middle East disiarkan dari hari Isnin hingga Khamis, 13-16 Julai, pada pukul 3:00 petang di TLC (Saluran Astro 707).
Discovery HD World (Astro Channel 571)
Seven Ages of Qatar
Mengembara merentasi ribuan tahun untuk merungkai rahsia bawah tanah menerusi Seven Ages of Qatar. Siaran istimewa selama sejam karya produser yang memenangi anugerah, Oxford Film and Television, ini mengikuti projek yang mengagumkan untuk menemui sejarah yang hilang dari Timur Tengah. Terkubur di bawah negara moden Qatar, hasil peninggalan peradaban gurun telah dibongkar. Seven Ages of Qatar mengisahkan sejarah silam sebuah negara menerusi penemuan arkeologi yang telah lama tersorok di bawah pasir-pasir halus gurun. Setiap satu daripada tujuh episod filem berkenaan memberi fokus terhadap tempoh berbeza dan menggunakan lokasi, artifak dan penyelidikan kontemporari yang berbeza untuk menceritakan kisah epik 85,000 tahun lalu. Penuh puitis dengan paparan yang mempersonakan, filem tersebut mendedahkan kisah pahlawan silam, kekayaan perdagangan mutiara, kebangkitan dan kejatuhan sesebuah empayar dan eksodus : perjalanan sulung manusia. Jangan lepaskan peluang menonton Seven Ages of Qatar pada Isnin, 22 Jun pada pukul 4:00 petang dan Jumaat, 17 Julai, 4:00 petang.
Tales From The Golden Ages
Karya Yayasan Qatar merupakan inspirasi kepada tiga kisah Zaman Keemasan Arab yang mempersonakan, seperti yang dipaparkan menerusi Tales from the Golden Ages. Kisah Fatimah dan Universiti Fez membawa penonton merentasi ribuan tahun silam, ke zaman apabila seorang gadis muda yang mempunyai impian besar memulakan pengembaraan yang akan mengubah dunia. Kisah Al-Idrisi dan Al-Kitab Al-Rujari (Kitab Roger) merupakan antara keberanian di laut lepas. Ia menceritakan pengembaraan cita-cita dan keberanian seorang ilmuwan Arab dan raja Kristian yang membawa mereka kepada penemuan yang mengagumkan dan tragedi duka. Kisah Ibn Nafis dan misteri sebuah jantung mengisahkan kecintaan dan kehilangan serta keberanian dan cita-cita. Tontoni Tales from the Golden Ages pada hari Selasa, 23 Jun pada pukul 4:00 petang dan Sabtu, 18 Julai 4:00 petang.
Tales From The Museum of Islamic Art
Muzium Kesenian Islam di Watar seperti sebuah peti harta karun yang dibuka dan diterokai filem ini. Seorang penglipur lara Arab membawa penonton mengembara melalui kisah-kisah di sebalik item-item paling mempersonakan di muzium berkenaan, daripada loket jed Shah Jah ke Kitab Suwar al-Kawakib (Book of Fixed Stars) Al-Sufi. Terletak di laluan dagangan empayar-empayar besar, penduduk Qatar mengalu-alukan kedatangan pengembara dari serata dunia ke negara mereka selama ribuan tahun. Dalam dunia dagangan moden, ini bermakna kebanyakan khazanah dunia Islam yang terbesar boleh didapati di Qatar, yang mana ia kini menempatkan koleksi keseniaan Islam terbaik di dunia. Jangan lupa menonton Tales From The Museum of Islamic Art pada hari Rabu, 24 Jun pada 4:00 petang dan Ahad, 19 Julai pada pukul 4:00 petang.
I Have Seen The Earth Change – Oman
Terletak di hujung Semenanjung Arab, Oman telah mengalami Siklon Gonu yang kencang pada tahun 2007 yang bukan sahaja meninggalkan parut tetapi mencetus revolusi ekologi terhadap sumber tenaga mesra alam. Satu program penyelidikan geologi bercita-cita tinggi telah dilancarkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang ofiolit, sejenis batuan yang mempunyai kapasiti simpanan karbon sebanyak 10 kali lebih tinggi berbanding mineral-mineral lain di dunia. Adakah negara ini akan berubah dari sebuah negara telaga minyak kepada telaga saliran karbon? Tontoni I Have Seen The Earth Change pada Selasa, 25 Jun pada pukul 4:00 petang
I Have Seen The Earth Change – Jordan
Jordan merupakan negara keempat paling kering di dunia. Kekurangan air telah menjadi isu mendesak di rantau ini ekoran perubahan iklam menyebabkan penyusutan air pada anggaran 500 juta m3 setiap tahun. Negara tersebut telah mengambil langkah drastik untuk menangani masalah tersebut: mengutip 90% air hujan dan melaksanakan pengagihan air yang ketat. Namun demikian, langkah penyelesaian yang diambil masih tidak mencukupi dengan perkembangan populasi Jordan sebanyak 3% setahun serta setengah juta pelarian Iraq yang mencari perlindungan di negara itu. Saksikan I have Seen The Earth Change pada hari Jumaat, 26 Jun pada pukul 4:00 petang
Spice Trip – Turkey
Kedua-dua chef muda yang memenangi anugerah, Stevie Parle dan pakar rempah, Emma Grazette mempunyai minat mendalam terhadap rempah. Yakin bahawa ramuan tersebut merupakan cara termudah untuk menghasilkan hidangan yang enak, mereka mengembara untuk mengubah persepsi umum dan cara penggunaan rempah itu. Dengan beg galas dipenuhi peralatan memasak, mereka mempelajari ilmu penting daripada pakar-pakar terbaik dunia – penduduk tempatan yang menanam dan menggunakan rempah tersebut setiap hari. Sepanjang perjalanan, mereka menyiasat bagaimana penduduk tempatan menggunakan enam rempah terpenting yang biasa ditemui dalam kabinet dapur – cili di Mexico, buah pala di Grenada, kayu manis di Kerala, jintan putih di Turki, bunga cengkih di Zanzibar dan lada hitam di Kemboja. Pasangan tersebut mendedahkan penonton terhadap budaya berbeza dan bagaimana setiap rempah ditanam, diproses serta digunakan dalam makanan di seluruh dunia. Jangan lepaskan menonton Spice Trip pada hari Isnin, 29 Jun pada pukul 4:00 petang.
Waterfront Cities of The World – Doha
Kini merupakan salah satu bandar raya terkaya di dunia, namun beberapa dekad lalu, Doha adalah sebuah perkampungan nelayan dan mutiara yang kecil. Dengan sumber gas asli yang kelihatan tidak terhingga, ibu negara Qatar itu seperti mempunyai sumber kewangan untuk memiliki segala yang diingininya. Malah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapitanya juga merupakan yang tertinggi di seluruh dunia. Tanpa ragu, Doha sememangnya pesat berkembang! Waterfront Cities of The World disiarkan pada hari Khamis, 2 Julai pada pukul 4:00 petang.
Passage to Abu Dhabi
The Gateway merupakan laluan Denise Keller menerusi pendampingan unik tradisi dan kemodenan yang memberikan identiti dan gaya kosmopolitan tersendiri Abu Dhabi. Nikmati pengalaman yang membuka mata dengan watak-watak yang menarik berkembang maju di tengah-tengah ibu negara berkenaan. Sehubungan itu, pengembaraan ini meraikan keindahan Abu Dhabi. Klise kemewahan dan kemurahan hati mendedahkan keyakinan sebuah negara yang berbangga dengan identiti tradisional yang sentiasa membuka tangan menyambut pengunjung. Berlatarbelakangkan kepesatan pertumbuhan Abu Dhabi, Denise menaiki roller-coaster terpantas di dunia dan menikmati imej seni bina yang mengagumkan. Beliau juga melihat keagungan seni bina Masjid Besar Sheikh Zayed dan meneroka ikon-ikon warisan Al-Ain. Pada kemuncak sambutan besar-besaran Hari Kebangsaan ke-40 UAE, The Gateway menyerlahkan potret menawan salah satu bandar raya paling menyeronokkan di dunia pada hari ini. Tontoni Passage to Abu Dhabi pada Jumaat, 3 Julai pada pukul 4:00 petang.