Menurut pakar-pakar, ia mengambil masa 21 hari untuk membentuk dan mengamalkan suatu tabiat baharu dan kini Listerine mencabar rakyat Malaysia untuk memulakan tabiat yang sihat dan amalkannya sepanjang tempoh 21 hari! Tujuan Cabaran Listerine 21-Hari adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat dan optimum termasuklah kesihatan mulut yang menyeluruh dalam tempoh tiga minggu dengan melakukan perubahan kecil yang berkesan dengan penuh kesungguhan. Bak kata pepatah: “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”!
Transformasi dalam Cabaran Listerine 21-Hari terhadap kesihatan mulut adalah terbukti secara klinikal:
- Hari pertama: Nafas lebih segar (Listerine terbukti membunuh 99.9% kuman yang menyebabkan nafas berbau)
- Hari ke-7: Gigi lebih bersih yang boleh dirasai (Pengguna merasakan Listerine menjadikan mulut lebih bersih dan segar berbanding hanya dengan memberus sahaja)
- Hari ke-14: Gusi lebih sihat (Pengguna mendapati peningkatan ketara dalam kesihatan gusi selepas dua minggu)
- Hari ke-21: Gigi lebih kuat (Listerine merangsang penyerapan flourida dan menguatkan permukaan gigi selepas tiga minggu)
Mulakan dengan tip nutrisi dan kecerdasan ini:
- Makanlah sarapan setiap hari untuk mencergaskan tubuh anda, dan pilih makanan yang sesuai seperti telur rebus untuk membuatkan anda kenyang lebih lama pada waktu pagi. – Sarah Dussault
- Untuk mengelak dari makan terlalu banyak atau makan snek yang tidak sihat – jangan melebihi 3 jam sebelum memakan sesuatu. Sediakan snek yang sihat seperti kekacang, sayuran dengan sos sihat seperti epal dengan mentega kacang dan bebola/kepingan protein buatan sendiri. – Sarah Dussault
- Bersenam selama 10 minit setiap hari akan membantu memberikan anda rangsangan tenaga untuk sepanjang hari. Jadualkan senaman mingguan anda dengan mencatatkannya kerana ini akan membantu memantapkan komitmen anda dan menyukarkan anda terlepas senaman tersebut. – Cassey Ho
- Di tempat kerja, aturkan beberapa mesyuarat di luar pejabat supaya anda sentiasa aktif dan tidak hanya duduk di meja anda sepanjang hari. – Cassey Ho
Anda boleh mengambil langkah pertama – sahutlah Cabaran Listerine 21-Hari anda sendiri dan mulakan transformasi anda hari ini! Hantarkan SMS Listerine<jarak>emel anda ke 39993 (setiap SMS akan dicaj RM0.50) atau layari www.facebook.com/ListerineMalaysia untuk mendapatkan baucar percuma bernilai RM5 untuk membeli Listerine Total Care 750ml.