Difahamkan harga kopi di Seoul paling mahal di dunia. Betulkah? Sebuah kajian mengenai harga secawan kopi di hotel-hotel terkemuka mendapati hotel di Seoul, Korea Selatan catat harga paling mahal di dunia!
Laman web tempahan hotel iaitu Hotel.com telah membuat kajian tentang harga beberapa jenis makanan termasuk secawan kopi di 30 buah hotel 3 bintang hingga 5 bintang di 28 buah negara.
Kajian itu mendapati hotel di Seoul menduduki tempat pertama dengan harga RM60 untuk secawan kopi diikuti dengan Tokyo dengan RM32 secawan dan di tempat ketiga, Beijing dengan harga RM29 untuk secawan.
Walaubagaimanapun, harga secawan kopi termurah jatuh kepada hotel di Bogota, Columbia dengan harga RM7 diikuti Rio De Janeiro dengan harga RM8 serta di bandar Mexico dengan harga RM9 secawan.
Kajian itu juga menunjukkan harga segelas wain di Seoul mahal namun telah diatasi dengan harga wain di Singapura dengan RM52 segelas.