Semua ulat-ulat buku harus memberikan tumpuan pada artikel kali ini, kerana kami kongsikan kepada anda 3 kedai buku terpakai yang terbaik di Kuala Lumpur! Jom tengok.
1) Kedai Buku
Encik Velu dan adiknya telah mengendalikan kedai ini sejak tahun 1986, yang menyediakan penduduk tempatan dan pelancong tempat untuk mendapatkan buku-buku pre-loved dan juga yang baharu. Kesemuanya adalah fiksyen, walaupun terdapat rak khusus untuk buku panduan travel. Kembalikan buku selepas membaca dan anda akan menerima bayaran balik, tolak bayaran sewa yang kecil.
Alamat: Ground floor, Central Market, Jalan Hang Kasturi, Petaling Street, 50050 Kuala Lumpur
Telefon: 012 207 2333
Waktu operasi: Setiap hari, 10am – 9pm
2) Reader’s Paradise
Kedai buku kecil ini telah ditubuhkan sejak akhir 1990-an, dan kini dimiliki bersama oleh Jeet dan Shima. Walaupun ia memberi tumpuan kepada perkhidmatan sewa, pengunjung dialu-alukan untuk membeli campuran novel terpakai, autobiografi dan majalah. Selepas pembayaran, anda diberi masa sebulan untuk kembalikan buku untuk mendapatkan bayaran balik, jika selepas daripada itu ia adalah milik anda.
Alamat: First floor, Ampang Point Shopping Centre, Jalan Mamanda 3, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, 68000 Kuala Lumpur
Telefon: 03 4251 9737
Waktu operasi: Setiap hari, 10am – 10pm
3) Junk Bookstore
Kedai buku ini merupakan kedai buku terpakai paling lama bertapak di Kuala Lumpur, dan penuh sesak dengan permata sastera, komik dan sebagainya. Buku-buku yang ada ditawarkan pada harga yang cukup rendah, bermula dari beberapa ringgit setiap satu.
Alamat: 78 Jalan Tun HS Lee Masjid Jamek, 50050 Kuala Lumpur
Telefon: 03 2078 3822
Email: enquiries@junkbookstore.com
Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 8.30am – 5pm; Sabtu, 8.30am – 2pm
Sumber: timeout.com