WEIL Hotel meraikan Iftar (berbuka puasa) bersama kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam dengan bufet Ramadhan Timur Tengah mereka, baru-baru ini.
Sesi Iftar yang diadakan di Weil Hotel Ballroom disertai oleh bekas Datuk Bandar Ipoh City, Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim, Dato’ Dr Mah Hang Soon, Ahli Exco Negeri Perak dan Dato’ Liew Sew Yee, Pengerusi Thong Fook Corporation Sdn. Bhd.
Acara ini diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif sambutan perayaan WEIL Hotel dan memupuk semangat Ramadhan yang memberi dan berkongsi.
WEIL Hotel menjemput pelajar dari Smart Reader Kids Islamic dan Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Barakah untuk mengalunkan Nasyid dan Qasidah dalam usaha mengumpulan anak-anak dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi dan menikmati acara yang meriah ini. Persembahan dari kanak-kanak juga telah memeriahkan suasana sepanjang majlis berbuka puasa tersebut. Kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam juga diberikan duit raya bersama-sama dengan beg hadiah.
Encik Liew Yu-Wei, Pengarah Eksekutif, Weil Resources Sdn Bhd berkata, “Saya amat berbangga dan gembira dengan inisiatif kami untuk membawa kegembiraan dan keriangan kepada kanak-kanak semasa Ramadhan. Saya percaya acara seperti ini boleh memupuk semangat positif berkongsi kegembiraan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Malah, saya berharap untuk menjadikan ini sebagai acara tahunan kami dengan Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam dan lain-lain organisasi yang sama.”
“Kami berterima kasih kepada pasukan WEIL Hotel diatas memahami nasib rumah kami dan anak-anak. Kami gembira bahawa anak-anak tidak dilupakan terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia dimana semangat kebersamaan sering dipaparkan. Penglibatan pasukan hotel ini adalah tepat pada masanya dan kami benar-benar berterima kasih atas kebaikan dan pertimbangan mereka,” komen Encik Norizan bin Razali, Penyelaras Rumah untuk Rumah Anak- Anak Yatim Darus Salam.
Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam telah ditubuhkan pada tahun 2009 untuk mendidik dan menyediakan penjagaan kanak-kanak untuk menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran yang bakal mereka hadapi pada masa akan datang. Objektifnya adalah untuk menyediakan program-program bagi pembangunan kanak-kanak dan juga golongan muda.