Sebagai resort eko-semulajadi yang pertama di Malaysia, Club Med Cherating Beach telah menjadi tuan rumah aktiviti menyeronokkan sejak dua bulan lalu dibawah program Family Nature Fun. Family Nature Fun adalah kempen menyeluruh yang menggalakkan alam semulajadi, seni dan kesejahteraan. Dengan kurang dari satu bulan untuk program ini, pengunjung masih boleh menikmati pelbagai keseronokan dan persembahan dengan panorama menakjubkan di Club Med Cherating Beach Resort.
Berhubung dengan jiwa dalaman anda dengan muzik dan menari untuk lagu-lagu penuh perasaan, vokal yang indah, dengan sedikit sentuhan ajaib di udara. Club Med dengan bangganya mempersembahkan barisan persembahan muzik dengan memperkenalkan bakat-bakat luar biasa dari Malaysia.
Nikmati live set dengan Priscillia Xavier, artis indie dan folk dan Amy Wang & Friends bagi ungkapan muzik yang terbaik, dibuktikan oleh lirik penuh perasaan, harmoni yang merdu dan aturan instrumen tersendiri yang penuh keaslian. Artis lain termasuk Kristie Maximus, DJ berbakat, artis rakaman, penerbit dan penyanyi rap.
Club Med menawarkan hanya yang terbaik dengan menjemput artis antarabangsa untuk bermain. Pemain saksofon berbakat dan komposer, Patrick Terbrack dari Amerika Syarikat merupakan penerima pelbagai anugerah dan telah bermain dengan veteran berpengalaman dan legenda Jazz seperti Willie Pickens, Rodney Whitaker, Benny Golson, dan Jimmy Heath.
Disamping itu, Club Med akan mempamerkan JU/NY, duo pemain piano dan drum terkenal dengan kepelbagaian gaya dan telah established diri mereka dengan cepat sebagai frontrunners dalam industri muzik Asia.
Dapatkan lebih dengan percutian anda. Kongsikan foto terbaik antara 1 Jun – 7 Ogos 2015 untuk berpeluang memenangi Club Med Bali Holiday selama 4 hari 3 malam untuk 2!
Sebagai tambahan kepada program Family Nature Fun, Club Med menjemput pengunjung untuk memuat naik gambar percutian Club Med Family Nature Fun terbaik mereka dengan kapsyen di Facebook Club Med www.facebook.com/clubmedmalaysia. Dapatkan kawan-kawan dan keluarga untuk mengundi bagi gambar tersebut. Gambar dan kapsyen terbaik berdasarkan undian (30%) dan keputusan hakim (70%) akan memenangi percutian Club Med untuk dua. Penyertaan tutup pada 7 Ogos 2015.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari www.clubmed.com.my atau hubungi mereka di talian +603 – 2053 1888.
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai artis yang akan membuat persembahan secara langsung di Club Med Cherating Beach Resort, sila layari www.clubmed.com.my/familynaturefun.