Terkini, menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya demi membangunkan ummah berkualiti tinggi pada masa hadapan.
Peka dengan rungutan orang ramai terhadap beberapa produk drama melayu yang disifatkan sebagai terlalu keterlaluan, LPF tampil dengan garis panduan ini. Selain itu, LPF turut menetapkan bahawa adegan yang berunsurkan khurafat serta tahyul juga tidak dibenarkan.
Sebelum ini, drama Dia Isteri Luar Biasa terpaksa menjalani pengambaraan semula gara-gara adegan yang terlebih mesra di antara teraju utamanya Fathia Latiff dan Shukri Yahaya. Bukan itu sahaja, drama Maid lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang sedang ditayangkan di Astro juga mendapat kritikan netizens berikutan beberapa babak panas yang disajikan.