Memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang baru, Dove membawakan teknologi mereka ke peringkat lebih tinggi dengan menyuburkan rambut serta menjadikan ia kelihatan tebal menerusi Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment yang baru dilancarkan.
Rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment merupakan satu rangkaian ciptaan baru daripada Dove menggunakan Teknologi Oxyfusion di mana formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat. Teknologi Oxyfusion ini terdapat di dalam syampu dan perapi.
“Dirumus dengan Teknologi Oxyfusion, produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment telah dicipta khusus untuk menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat. Produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini merupakan keluaran yang unik dan inovatif – ia merupakan penyelamat untuk rambut kering dan nipis yang memerlukan penjagaan khusus. Digabungkan dengan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkannya terasa berat, ditambah pula dengan haruman bertenaga serta tekstur yang lembut – Dove Volume & Nourishment membolehkan anda memperoleh rambut kelihatan tebal yang anda inginkan dan segala khasiat yang rambut anda perlukan daripada Dove!” kata John Goh, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Pengguna, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Rangkaian Dove Volume & Nourishment kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15 (340ml) untuk Syampu dan RM15 (330ml) untuk Perapi. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan mendapatkan sampel, layari www.dovehair.com.my.