Sebagai pendekatan musim baru, Flow terus menyampaikan satu ensemble yang menggabungkan estetika utamanya; bergaya, serba boleh dan selesa, yang membawa kepada penciptaan Rubik Collection. Diilhamkan oleh kiub Rubik, ensembel lebih kepada keanggunan moden melalui cetakan kenyataan bunga dengan warna yang berani. Sedikit perbezaan dengan hiasan burung ke dalam cetakan bunga memberikan gabungan cetakan unik, malah, warna-warna terang menjadikan ianya satu koleksi yang berani.
Must have item untuk koleksi pada musim ini adalah short cape dress, maxi dress dan long cotton tencel kaftan – kesemuanya adalah dalam warna klasik hitam. Dengan perincian seperti manik, rantai logam dan bukaan pada leher, bahu dan poket, ensemble hitam pasti akan menarik perhatian.
Koleksi Glow akan berada di butik dan dalam talian pada Julai 2015.