Laneige Meets Fashion! Kerjasaman tahunan antara Laneige dan jenama fesyen Playnomore, merangkumi pelancaran kosmetik edisi terhad musim luruh ini. Tahun lepas Projek ‘Laneige Meets Fashion’ membuka lembaran baru dengan kerjasama Push Button. Pada tahun ini, projek ini akan menyaksikan kerjasama antara Laneige dan Playnomore yang akan debut pada September 2015.
Bersama-sama dengan kerjasama istimewa antara Laneige dan Playnomore, Laneige juga akan melancarkan Lip Gel yang baharu. Dengan membekalkan high gloss, high colouration dan high moisture lip color – Intense Lip Gel adalah gaya hibrid baru yang telah diformula untuk memaksimumkan ciri-ciri pada gloss dan gincu. Walaubagaimanapun, Intense Lip Gel juga menenangkan sel-sel kulit mati pada bibir dan memastikan bibir tidak merasa melekit walaupun mempunyai tekstur gel.
1. Express Moisture Coating & Clear Shine
Diformulakan dengan ‘Gel Double-Layer Forming Technology’, lip gel ini mempunyai kesan colouration, glow dan moisture. Lip gel ini membolehkan first-layer colour (high coloration) dan second-layer top coat (high gloss and moisture) terpisah selepas diaplikasikan ke bibir.
Lip Gel telah dirumuskan dengan Oil Floating Tech, yang merupakan formula menggunakan fasa kesan pemisahan air dan minyak untuk memastikan bahawa gloss minyak sentiasa terapung pada warna untuk mengeluarkan kesan gloss. Gel polimer air dan cecair minyak memberikan kesan tahan lama tanpa meninggalkan rasa melekit pada bibir.
2. Lasting Moisture
Intense Lip Gel mengandungi intensiti tinggi pelembab minyak yang dikunci dengan lapisan elastik iaitu sebagai lip balm. Produk ini telah melalui pembangunan di mana minyak pelembap diserap oleh bibir dan membentuk lapisan polimer elastik yang menghalang penyejatan air daripada berlaku. Oleh itu, minyak diisi semula dan air disimpan untuk memastikan penghidratan bibir.
3. Lip Gel Applicator
Satu aplikator dimasukkan pada Lip Gel supaya bibir kelihatan berkilat dan lembap.
Intense Lip Gel didatangkan dengan 10 pilihan, antaranya Rosy Nude, Melting Pink, Coral Breeze, Custard Coral, Coral Soufflé, Jelly Pink Bean, Syrup Pink, Maple Red, Loyal Red dan Squeeze Plum. Menarik lagi, ia juga dilengkapi dengan edisi terhad pembungkusan Playnomore yang sangat comel sekali.
Selain Intense Lip Gel, Laniege x Playnomore juga menampilkan Laneige BB Cushion (Whitening and Pore Control), hanya tersedia untuk #13 Light Beige dan #21 Natural Beige dan juga Laneige Jet Curling Mascara hanya untuk masa tertentu sahaja.
Laneige Intense Lip Gel (5ml) – RM75, Edisi Terhad Laneige BB Cushion (RM159) dan Laneige Jet Curling Mascara (RM84) boleh didapati di semua butik Laneige, kaunter kecantikan bermula September 2015.