Milo tiruan, telur tiruan, beras tiruan dan pelbagai lagi benda tiruan, kiranya susah untuk mendapatkan barang makanan yang betul-betul asli. Malahan juga susah untuk mendapatkan susu segar yang betul-betul segar, tetapi tidak bagi penduduk sebuah jalanan di Xi’an, China di mana ada sepasang suami isteri menjual susu kambing yang paling segar.
Apa yang menarik adalah anda hanya perlu pergi dan memesan susu kambing lalu mereka akan terus memerah dari kambing yang dibawa. Lepas perah susu tersebut, terus diberi kepada pelanggan tanpa sebarang campuran pengawet. Haaahhh cuba bayangkan bertapa segarnya susu tersebut.
Difahamkan, idea mereka membuka perniagaan seperti ini mendapat reaksi yang memberansangkan daripada penduduk tempatan di mana kerana usaha ini mereka kini mempunyai pelanggan tetap yang mahu meneguk susu asli dan segar ini.
Mereka memerah terus di hadapan pembeli dan juga dibenarkan jika pelanggan ingin memerah sendiri susu dari kambing berkenaan. Kambing-kambing yang di bawa adalah kambing jenis menghasilkan susu di mana dalam satu hari kambing berkenaan boleh menghasilkan kira-kira satu liter atau lebih susu.
Menurut mereka waktu yang paling sesuai untuk memerah susu adalah waktu petang di mana sewaktu itu susu yang diperah keluar begitu lancar dan mengalir laju. Sebotol kecil susu kambing segar berkenaan dijual pada harga 10 Yuan China untuk sebotol 500 ml. Mereka akan membawa empat ekor kambing setiap hari ke jalanan bandar yang terkenal dengan segmen permotoran di China itu.
Sumber : Siakapkeli.my & globaltimes